Saturday, April 8

Ampunkan Aku

March, bulan 3 di dalam kalendar Masihi. Pada tahun 2017, bulan March, aku telah mengenali seseorang yang boleh menerima aku seadanya.

Ya, dulu memang aku dikenali sebagai Playboy. Tapi dia tetap menerima aku.

Actually, aku digelar playboy kerana kerap mengayat wanita wanita yang berada di sekeliling aku. Aku mengayat satu per satu. Try ayat A, xdapat beralih ke B beralih ke C beralih ke Z. Since I feel like I want to have a girlfriend itu yang aku mengayat tu.

Dan try try try semua nya dari A sampai Z aku tak dapat, semuanya aku bertepuk sebelah tangan. Dan tiba tiba muncul seorang wanita bernama F. Dengan membawa label InFiniti. Dia boleh menerima aku, sayangi aku, kali ni aku tak bertepuk sebelah tangan. Even baru je kenal sebulan lebih, kami membuat perancangan untuk ke next step, pertunangan. Dan next step, pernikahan.

Ya betul. Aku memang betul betul sayang kat dia. Aku harap dia boleh menerima kisah silam aku yang banyak mengayat wanita. Aku try sebab keinginan untuk mempunyai seseorang yang sayang kita yang boleh jaga kita. Dan bila aku dah dapat satu, memang aku takkan cari yang lain. Eventhough kisah silam yang menyakitkan hati secara tiba tiba nak berundur datang semula pun aku takkan sesekali menerima. Kerana, aku dah ada kau satu, Farina.

Ya Farina,
Aku sayang kat kau. Selama sebulan kita kenal, aku terasa bahagia bila ada seseorang menemani kemana saja, bahagia bila ada seseorang yang sanggup bersengkang mata memasak masakan tengah hari untuk aku. Aku bahagia bila aku ada seseorang yang boleh dipinjamkan bahu. Aku bahagia bila ada seseorang yang selalu ingatkan aku pakai seatbelt,bukak lampu,bawak access card,bawak 40km/j, berdoa.

Aku sangat sangat hargai apa yang kau lakukan padaku selama kita kenal. Aku sangat sangat bersyukur sebab Allah turunkan kau untuk aku. Kau faham sikap aku, dan aku juga berjanji akan memahami sikap kau.

Aku bahagia bila ada seseorang macam kau.
Dan kau tu adalah kau Farina.

Aku harap kau dapat maafkan aku atas segala silap aku.
Aku janji aku akan jaga kau elok elok.




1 comment:

IQ = Iez Qis said...

ok, kad kahwin plis!!!