Friday, May 26

Bukan Part 5

Aku rasa aku taknak tulis dah pasal F R Part 5, sebab kalau aku tulis lagi bermaksud aku masih lagi belum redha dengan apa yang berlaku dan cuba melawan takdir. Tiba masanya untuk aku teruskan perjalanan, di depan ada beribu lagi rahsia Allah nak bagi kat aku. Yang berlalu biarkan berlalu, jadikan teladan. Biar kita berdua je yang tahu kisah kita. Because,

yesterday is history, tomorrow is mystery. 

Ye dok?

Allah uji kita supaya kita kembali kepada-Nya sebab kita manusia (lemah) yang lalai dan selalu lupa kat Dia. 

Bila bahagia sikit, lupa Allah. Padahal kebahagiaan itu datang dari Dia.
Bila kaya sikit mula riak, menunjuk-nunjuk apa yang kita ada. Sedangkan rezeki itu datangnya dari Dia.

Aku nak kongsi sedikit cerita pasal rezeki dan kebahagiaan. Cerita sebenar, berlaku pada diri aku sendiri.

Aku, seorang yang berkerjaya, hidup sederhana, cukup-cukup makan. Alhamdulillah rezeki yang Allah bagi pada aku. Tetapi, aku sering lalai, lupa pada-Nya. Aku bukannya seorang Islam yang kuat imannya dan sering terjerumus ke lembah hina. Aku solat pun tunggang langgang. Tandanya aku lupa pada-Nya.

Satu hari, ujian datang menimpa diri aku. Lepas satu,satu ujian datang. Bak kata pepatah
"Sudah jatuh ditimpa tangga"

Allah tarik rezeki aku, Allah tarik kebahagiaan aku. 

Pertama, aku direhatkan dari bekerja selama sebulan tanpa gaji. Tanpa gaji, tanpa gaji. Pening kepala memikirkan macam mana aku nak hadapi bulan hadapan. Dengan minyak kereta, kereta nak kena servis, bil-bil dan segala komitmen aku siapa nak tanggung? Mak bapak? Tak mungkin aku akan menyusahkan mak bapak aku atas salah silap aku sendiri. Cukuplah berehat sebulan di rumah menghabiskan beras mak bapak, itu sudah cukup menyusahkan mereka.

Kedua, aku telah gagal dalam percintaan. Kebahagiaan itu milik Allah, dan aku telah menaruh harapan kepada tempat yang salah. Allah tarik kebahagiaan dari aku, aku putuskan hubungan aku dan FR. Kepala aku bertambah pusing. Bagaimana aku nak hadapi, nak berdepan dengan dia bila bekerja nanti. Sudah tentu segan dan malu. 

Allah uji aku dengan ujian pertama, tapi aku masih lagi lalai. Dia uji aku lagi dengan ujian kedua. Kedua dua ujian ini sangat berat untuk aku. Kerana Allah Maha Mengetahui, Dia mahukan aku kembali ke jalan yang benar. Kembali kepadaNya. Allah dah atur cantik dah hidup kita ni. Kenapa aku cakap cantik? Korang tengok ni.

Aku akan mula bekerja pada bulan Ramadhan, dimana bulan yang diwajibkan untuk semua umat Islam berpuasa. Alhamdulillah, kurang sikit pening aku. Aku hanya perlu belanjakan wang untuk berbuka. Cuba korang fikir kalau bukan bulan puasa? Lagi nazak hidup aku kan? Tentang komitmen tu, takpe. Bulan satu lagi, iaitu bulan Syawal, Insya Allah aku masih mampu membayar segalanya. Indah kan aturan Allah.

Tentang kebahagiaan itu, aku redha. Allah simpan segalanya untuk aku. Bukan untuk aku sorang malah korang jugak ada kejutan dari Allah. Siapa tak sukakan kejutan ye tak? Jadi, Allah nak bagi kejutan untuk aku. Kalau bukan sekarang, akan datang. So kita sebagai hamba-Nya jangan berputus asa sebab akan ada perkara yang baik untuk kita.

Bila kita redha, dengan secara automatiknya kita takkan berdendam dengan sesiapa pun. Kita redha, kita takkan rasa malu lagi dengan sesiapapun. Aku redha. Aku melepaskan kau FR kerana ianya adalah jalan yang terbaik untuk kita. Demi kebahagiaan kau dan juga aku. Mungkin bukan masa untuk aku berfoya foya, bercinta, bersayang sayang. Disebabkan aku meletakkan kau teratas, aku lupa pada Allah.

Jadi, sebelum aku menutup tirai cerita kali ni, aku memohon sepuluh jari meminta maaf pada kau FR. Aku memohon maaf atas segala perbuatan aku terhadap kau baik secara fizikal dan secara mental. Abang kau pun nasihat aku benda yang sama, jodoh tu kita tak payah nak pening kepala fikir. Sampai masa adalah. Kalau bukan dengan kau, dengan yang lain. Aku rasa tenang sikit hati aku bila aku dapat melepaskan kau secara terbuka. Jodoh kita hanya sementara saja. Aku harap korang korang yang baca blog aku ni tak payahlah susah hati kalau putus cinta ke, hilang kerja ke, ditimpa masalah ke, sebab Dia mahu kita kembali kepada-Nya. Insya Allah kalau kau tak putus asa dengan Allah, Allah akan membantumu kelak. 

p/s: Ingat, jangan sesekali buruk sangka dengan Allah. Segala yang terjadi pasti ada hikmah/kejutan untuk kita. Bulan Ramadhan dah dekat dah ni, so banyakkanlah amal dan jangan sesekali putus harapan kepada Allah SWT. Selamat Berpuasa!

1 comment:

IQ = Izyan Balqis said...

5 part aku jadi silent reader. Ni komen aku untuk keseluruhan part. Yerp. Allah bagi ujian untuk kita kembali kepada-Nya. Aku pun sama. Ujian aku bahagian aku. Yang penting jangan pernah putus asa. Perjalanan masih jauh selagi Allah tak minta kita kembali ke pangkuan-Nya. Get up and move on. Susah memang susah. Susah lagi kau hilang orang yang kau sayang pergi buat selamanya. Aku hilang mak dan suami. Perit dia Allah je tahu tapi kena bangun untuk anak aku. So...sama2 kita bangun untuk masa depan. Moga Allah permudahkan urusan kita semua. InsyaAllah. Amiin.