Thursday, June 8

Being Stupid

Cerita ini sememangnya benar dan tiada tokok tambah sepanjang dia bersama aku. Aku nak bongkarkan kepada semua yang betapa bodohnya aku membenarkan semua perkara ini terjadi.

14 April 2017, Jumaat

Sehari sebelum tu kami bersama sama membuat not-so-surprise-birthday party untuk kawan dia yang paling rapat. Kami seperti sudah kenal lama, bermesra, satu kepala, menyiapkan birthday party tersebut berdua di pantai. Dengan keadaan angin yang kuat hampir menerbangkan segala dekorasi kami di pantai tersebut. Dengan keadaan gelap, kami gigih menyiapkan dekorasi tersebut. Dengan belon terbangnya, dengan kad ucapan Happy Birthday tonggang terbalik, akhirnya kami berjaya.

15 April 2017, Sabtu

Aku bekerja seperti biasa. Dia pun sama. Walaupun kami satu ofis, kami tetap berbalas balas whatsapp bertanya khabar. Yelah, orang bercinta. Setiap masa nak tahu keadaan dan situasi masing masing. Dia sibuk dengan surat cinta dari client, abang Ijalnya dan aku sibuk dengan keadaan di tapak binaan. Walaupun masing-masing sibuk, kami tidak ketinggalan untuk berbalas balas mesej.

Tengah hari, waktu rehat, aku mendapat berita yang ex dia datang ke sini untuk berjumpa dia. Aku berlagak tenang. Berkata pada dia yang semuanya akan baik-baik sahaja. Aku tidak merasa bimbang sedikit pun.

Petang, waktu pulang, dia memberitahu aku yang ex dia dah sampai dan menunggu dia di hadapan rumahnya. Aku merasa gelisah, dengan segera aku punch out, dan dengan segera juga aku keluar gate meninggalkan dia. Dia mengejar aku dari belakang.

"Saya taknak jumpa dia." katanya sayu.
"Takpe, awak jumpa dia, awak settle elok-elok dengan dia, nanti dah settle, awak cari saya ye." kataku sambil mengukirkan senyuman

Aku berlagak tenang lagi, walaupun tanganku bergetar, takut. Sebenarnya aku dah membuat satu keputusan yang bodoh kerana mengizinkan dia berjumpa dengan bekas kekasih dia. Aku tidak menyangka yang bekas kekasih dia datang ke sini untuk menyambut hari jadi dia. Pelbagai hadiah dan buah tangan di bawa untuk memujuk kembali si dia.

Aku berfikir, semasa mereka berjumpa, semasa mereka membincangkan hal mereka, aku ada masa untuk ke bandar membeli segala dekorasi untuk menyambut hari jadi dia.

How stupid I am.

Aku tak sangka perkara sebegitu membuatkan dia kembali keliru untuk memilih antara aku dan bekas kekasih dia,

Dan sekarang, aku menyesal. Kalau aku tahu, aku takkan izinkan mereka berjumpa. Aku akan bawak dia lari dari situ dan terus menyusur ke bandar masa itu juga. Aku tak sepatutnya membiarkan mereka berjumpa. Aku seperti menjemput pesaing aku masuk ke kandang sendiri. Aku terlalu yakin. Aku overconfident.

At last, Im the one who break inside. Im the one you all should blame. Not her. Not her fault at all. Aku telah membuat dia keliru dan dilema. Aku seperti membiarkan semua ini terjadi sedangkan aku ada kuasa untuk mengubah dan mengatur strategi aku. Aku seperti sengaja menyusahkan dan membelitkan lagi keadaan. Aku rasa macam aku nak create Flashpoint dan ubah kembali masa lalu, supaya aku dapat hidup bahagia dengan dia.

Semua orang takkan rasa apa yang aku rasa. Semua orang takkan tahu perasaan aku selagi mereka tak berada di tempat aku. Aku kecewa dengan diri aku. Aku tidak tegas. Aku terlalu baik sehingga sanggup membiarkan dia jatuh ke tangan orang lain. Semuanya perlakuan dan perbuatan berpunca dari diri aku sendiri. Aku terlalu bodoh.

WTH am I thinking on that day? I'm overconfident. Akhirnya memakan diri.



Dan sekarang aku takkan boleh ubah lagi apa yang dah terjadi. Aku sudah kehilangan dia. Totally.



Adios.

1 comment:

Anonymous said...

Weh aku silent reader blog kau. Apa yg aku nak kata kat sini, Gf kau ni belum betul-betul move on dari exbf dia. Kalau dia dah move on mesti dia takkan get back dgn exbf dia. So, head up..Never let a confuse women waste your time & energy...