Wednesday, August 3

Jom Kahwin

Awek-awek atau aweks merujuk kamus tribahasa saiful bahari bermaksud, kawan perempuan yang istimewa, yang selalu berinteraksi/berhubung. Bahasa pasarnya kawan perempuan yang selalu dicontact di talipon melalui whatsapp sms serta on call.

Aku mula berjinak dalam dunia ni sejak aku form 3 sampai sekarang. Meh aku cerita satu persatu, aku mohon kekandaku sekalian tidak meluat.

Form 3
Aku mula pandai bermain mata dengan awek sekelas aku namanya Farhana.

Mula mula main mata,
Lama lama lepak depan meja.
Dan mula pulang bersama.

Tapi dengan dia ni aku tak lama mana pun. Selepas aku dapat tahu dia ni lesbo. Balik sekolah je sampai depan umah mula meraba raba. Anda sendiri fahamlah.

Form 5
Aku mula disukai ramai sejak menjadi Pengawas sekolah. Wei zaman tu jadi pengawas hot kot. Ramai yang mula main mata. Tapi disebabkan sikap cool dan tenang aku, aku relax je.

Kalau mau mari,
Jangan main hati,
Kelak merana diri.

Last last aku cuba try test untuk suka sorang awek ni nama dia Ummi. Tapi ummi ni pulak, dia tengah couple ngan membe aku ni. So, hubungan kami hanya bertahan dua hari je. Sebab aku taknak gaduh dengan membe aku ni, aku pun jadi argh kenapa kau dah couple masih nak aku. Ceh bajet hot.

1st Year UTM
Masa ni aku tak pandang awek2 sekelas atau satu batch sebab muka semua sememeh. La ni depa srmua segak segak. Natang sungguh. The power of puberty. Masa ni aku terpikat dengan sorang awek,tapi bukan awek utm,tapi awek sekampung. Aku dengan dia tengah cuti semester, bekerja di pasaraya Aktif. Sekarang Aktif dah bungkus sekali dengan cinta kami kahkah.

Isah nama diberi,
Mukanya manis bak bunga kasturi.

Kami bercinta,tapi kekal dengan momentum aku kau bengong sayang bangang cuma tak babi je. Power aku rasa perhubungan ni. Tapi tak lama. Dua tahun lebih je.Salah aku,aku kejar awek lain. Pundek.

3rd Year UTM
Yang dikejar tak dapat,
Yang dikendong berciciran.

Awek yang aku kejar ni diberi nama Marcel. Nama unik, muka chinese look, berkaca mata. Sejak dari tu, taste aku berubah. Aku mula suka awek berkaca mata. Innocent but nasty. Kahkahkah

Aku kejar dia sejak dari hujung 3rd year sampai akhir 1st year aku kerja. Kejar punya kejar, sempat jugak keluar bersama 2 3 kali tapi dia macam tak boleh nak baca isi hati aku. Last last aku hilang dalam hidup dia. Tapi kitorang berdamai, sebab aku pun mengalah bila dia dah suka orang lain. Mengalah tak bererti kalah bro kahkahkah.

2nd year Bekerja.
Aku ada awek hot masa ni, tapi budak sekolah risau jugak aku. Budak berumur 18 tahun nama Qis.

Tatang bagai minyak yang penuh,
Last last minyak tumpah atas kepala,
Dicucuh lagi dengan pelita takde jodoh,
Merana aku bagai gorila.

Awek yang ni yang paling pundek. Pundek pundek pundek. Dah, jangan kau sebut nama dia.

3rd Year Bekerja
Aku mula kenal sorang awek ni. Kitorang dah 3 tahun kenal melalui kawan yang ajak join CWA.

CWA CIMB - Unit trust sama konsep seperti Public Mutual tapi cuma dimanage oleh CIMB Group.

Nama awek ni Husna. Aku mula terpikat hari demi hari sebab secara tiba tiba aku kerap whatsapp dia. Kami berkawan je, aku je yang ada hati kat dia. Tapi disebabkan aku taknak kecewa aku letak harapan di bawah serendah rendahnya. So aku act cool.

Lepas kitorang berjumpa bertentang mata berdua, selang seminggu aku nyatakan niat aku untuk masuk meminang. Aku fikir lagi cepat lagi bagus, dan kali ni aku secara terang terangan sampaikan niat. Aku penat ah wei bercinta pastu tah kemana.
Korang tak penat ke?
Pastu niat aku ditolak, nasib baik belum hantar rombongan lagi. So aku takdelah kecewa sangat, cuma aku dah takde hala tuju. Maksud aku hala tuju ke arah kahwin la. Now kitorang berkawan je,tapi kadang kadang hati tu masih tertarik. She not that beautiful pretty hot sexy bagai, dia just attractive. Dan berkaca mata. Hikhikhikhik.

Cerita aku dah tamat, aku ada satu soalan untuk hangpa semua.

Sekarang aku dah 4th year bekerja,
Kalau hangpa bijak bestari berapa umur aku?

Kahkahkah adios.

Thursday, May 12

L O N E L Y

Bapak scary tajuk.




Tajuk macam ni selalunya bersifat sentimental. Ibarat masa tengah baca, lagu November Rain berkumandang.


"LONELY" bermaksud sunyi, kesunyian, sepi, kesepian, terasa keseorangan, terasa terpinggir.

Terasa terpinggir tu kronik. Memang. Macam aku.

Aku suka berseorangan, sebab bila aku berseorangan aku bebas. Kalau aku shopping, aku bebas masuk semua kedai. Kalau ada kawan, kawan ajak beli barang dia dulu pastu last2 barang kita yang tak dibeli.
Kan?
Bila berseorangan, kau boleh lepak starbuck sorang sorang (selalu aku buat), makan sorang2, fefeeling sorang2. Tenangkan otak dari rancah ragam manusia. Hari hari hadap membe yang kuat merajuk pun penat jugak kan?

Tapi kadang2 jugak, bila kau perlukan seseorang untuk teman kau, kau takda kawan, kau terasa sunyi gila. Waktu ni datang ada masa dia. Dia macam kitaran haid jugaklah. Kah.

Masa ni rasa sedih pun ada. Even kau dah cuba ajak kawan2 lepak sekali, semua tak nak lepak, semua sibuk dengan hal masing2.
Masa ni la kau akan pasang lagu Knife - Rockwell dan memeluk tubuh di sudut bilik.

Tapi biasanya, orang yang single je yang selalu rasa lonely. Yelahh, takde awek nak taking care of him. Dan sentiasa forever alone.

Nasib baik aku tak pernah rasa lonely.

Kah.

Adios.

Nota kaki:
#nowplaying Ocean Deep - Cliff Richard
Love, cant you see im alone
Cant you give this fool a chance, a little love
Is all i ask....
La la la la la la la la la la....

Sunday, May 8

Cita-cita

Masa aku muda dan hijau dulu, masa perut aku masih lagi penuh dengan cacing kerawit, aku menulis dalam buku rekod sekolah rendah, yang cita-cita aku untuk menjadi seorang askar. Tak silap aku ada 3 pilihan cita-cita.

Askar, polis dan doktor.

Tercatit dalam buku rekod. Masa tu tak pandai berfikir, cita-cita pun tiru orang sebelah. Pui.

Meningkat remaja, aku macam boleh nampak sedikit bayang-bayang pekerjaan aku ketika dewasa. Masa ni, cita-cita aku nak jadi seorang arkitek. Aku tidak memasuki mana-mana sekolah teknikal, tidak juga sekolah berasrama penuh. Hanya sekolah harian biasa.

Disebabkan aku suka melukis bangunan, rumah, parkir kereta, aku tetapkan untuk jadi seorang arkitek.

Memang lepas matrikulasi, aku mengisi borang kemasukan universiti, pilihan pertama, aku pilih seni bina di UKM. Memang bapaku juga suka akan pilihanku itu. Beria ria dia bila aku diterima untuk temuduga Degree in Archi masa tu.

Punyalah susah temuduga masa tu, otak tak berkembang dan tak dapat jawab soalan dari panel. Soalan yang mudah, tetapi masa tu aku masih di peringkat hijau daun.

Setelah temuduga aku tidak berjaya, bapanya berubah fikiran. Dia mahukan aku jadi seorang pilot. Berduyun duyun surat tawaran dihantar melalui pos ke rumah. Termasuklah surat untuk latihan menjadi juruterbang. Aku tidak berminat.

Dan sekarang, aku seorang jurutera awam. Atas pilihan no 2 ketika mengisi borang UPU. Produk UTM Skudai, produk yang agak sederhana. Kahkah.

Tapi takpe, bapak aku bangga jugak dengan kerjaya aku sekarang. Well paid, well said. Kah.

Ini semua takdir dan ketentuan Allah. Kalau aku jadi arkitek, aku sudah takkan berjumpa kawan kawan dan teman yang aku ada sekarang. Ye dok?

Adios. L

Friday, May 6

Takut

Takut. Merujuk Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka "tidak berani menghadapi sesuatu yang pada perasaannya akan membahayakan diri".

Aku takut. Aku tak berani menghadapi sesuatu kenyataan sekiranya aku melakukan ini, sekiranya aku melakukan itu. Even aku tak tahu endingnya. Aku tetap takut. Mungkin banyak sangat tengok dvd. Otak pun overthinking.

Aku takut.
Contoh.
Endingnya kekecewaan.
Allah dah tetapkan endingnya kecewa, kau try hard sekalipun. Endingnya tetap sama. Kau try bodo bodo je, endingnya tetap sama. Kecewa.
Ianya seperti matematik.
Cuba cari solution untuk dapatkan jawapan = 1
Banyak kan cara jalan penyelesaian?

1. 1+0=1
2. 1*1=1
3. 1/1=1

Allah dah tetapkan ending sama ada kecewa atau bahagia. Tapi kita ada banyak jalan dan simpang untuk kita pilih, untuk mencapai penghujung. Dalam perjalanan tersebut, kau akan jatuh, berdiri semula, hidup kau akan berubah, dan macam macam ujian akan menimpa.

Aku? Aku takut nak pilih jalan aku. So aku memilih untuk play safe dan mendiamkan diri. Ini jalan aku, tengoklah pengakhirannya deritaku bahagiamu ke idok.

Adios.

Thursday, May 5

Jodoh

Jodoh. Merujuk kepada kamus dewan bahasa dan pustaka bermaksud "pasangan hidup".

Semenjak aku dikecewakan beberapa bulan yang lepas (6 bulan), aku mula mengamalkan konsep "Kalau ada jodoh, adalah". Ye, satu konsep yang memudahkan hidup aku, konsep yang tidak mencelarukan hati dan minda aku.

Dengan konsep ini, aku lebih redha dan berserah pada takdir.

Sebab, kekecewaan ini terjadi bila kita meletakkan harapan yang tinggi pada sesuatu perkara. Bila tak jadi, kau kecewa.
Dan sejak itu, aku jadi peramah, terlalu friendly. Semua aku layan. Sampaikan orang pandang serong terhadap "ke-peramah-an" aku.

Orang kata aku playboy. Padahal aku sedikit pun tidak flirt-ing.
Berkawan biar seribu, bercinta biar satu. Aku hanya flirt dengan seseorang yang jauh je.

Dan bila aku menyatakan hasrat aku ingin berkahwin, mereka mempertikaikan diri aku. Mereka kata, "sape nak kahwin ngan ko, ramai sangat awek", "Test awek ramai ntah dapat ke idaknye, pui".

Tak kisahlah orang nak cakap apa, janji aku tau apa yang baik apa yang buruk. Aku memilih, memilih untuk cuba pada tempat yang aku rasa ada hasil (pengakhiran) je.

Kalau takda pengakhiran pun, aku serah pada takdir dan konsep "dah takde jodoh, yang tinggal hanya bodoh".

Kah.

Adios.