Wednesday, August 1

Suka di Olympics 2012 bertukar Duka

Bila start je olimpik 2012,ada orang gembira,ada orang beria,ada orang gila,ada orang takut,ada yang teruja.Ya teruja sebab olimpik sukan antarabangsaMacam macam jenis perasaan muncul.Pada diri aku,yang kurangnya ilmu,pada mulanya aku berasa teruja bila mana olimpik tiba.Ya teruja melihat para atlit gimnas.Ya itu dia.Tapi disebabkan bulan Ramadhan,kita mestilah hormat bulan ini,lagipun kurang pahala puasa kalau tengok benda-benda macam tu.Bukan bulan puasa je,bulan-bulan lain pun kurang pahala jugak ye.

Aku teruja.Dan tiba-tiba,aku terbaca artikel tentang agenda zionis dalam sukan olimpik kali ni.Ya.Aku sememangnya sudah tahu tentang agenda zionis dan iluminati,tapi tidak terdetik di fikiran pula untuk memikirkan bahawasanya sukan olimpik juga merupakan salah satu agenda mereka.Golongan-golongan pemerintah dunia.Golongan-golongan "New World Order" seperti yang di war-warkan oleh George Bush.

Seperti dalam artikel yang aku baca,dikatakan "Ending Ceremony" olimpik 2012 akan dijalankan pada malam 15 Ramadhan tahun ni.

dan sabda Rasulullah,

Dari Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah?” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum’at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari rumahnya, pada malam Jum’at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum’at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah “, karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”.

Adakah ianya kebetulan?Atau ianya dirancang?
Dan aku pasti ianya dirancang oleh kaum iluminati tersebut.Mereka merancang untuk memanggil Dajjal?Itu yang aku tak tahu.Apa yang mereka lakukan malam tu nanti?Itu yang kita tak tahu.

Adakah perkara ini akan terjadi?Terjadi atau tidak,atas izin Allah s.w.t.So kalau takut-takut tu pergi la ready-ready ye.

Kalau tak jadi?Tak jadi tak jadilah.

Aku sebenarnya takda la percaya sangat benda ni,tapi apakan daya,antara percaya dan tidak,sukar untuk membuat keputusan.Kalau nak percaya,percaya jelah.Bila kau percaya,sudah tentu kau cepat-cepat bertaubat kan?

Kalau kau tak percaya pun,ape nak buat,decision masing-masing.Dan satu lagi perkara yang aku rasa aku nak kongsi kat sini,seorang warga matsaleh,aku taktahu la warga apa,tapi namanya RikClay.Seorang remaja yang telah membongkar agenda zionis di olimpik 2012.Agenda ini boleh dispekulasikan telah dirancang sejak berabad-abad yang lalu.

Jika anda semua berminat,klik SINI .Artikel artikel yang telah dibongkar oleh RikClay.Malangnya beliau sudah meninggal dunia,dikatakan membunuh diri,tetapi dipercayai dibunuh kerana telah membongkar rahsia zionis ini.Beliau telah mengkaji perkara ini sejak 2008 lagi,semasa Olimpik di Beijing.

Kalau nak banyak lagi info,search jela google pasal RikClay,yang ada twitter tu #RikClay.Ramai yang telah membincangkan isu ini.

So,sampai di situ saja apa yang aku dapat sampaikan,bukan selalu aku nak kongsi benda macam ni.Semoga kita semua dirahmati dan dilindungi Allah s.w.t.

Sebelum aku akhiri entry ini,sama-sama kita berdoa :

Ya Allah,kau selamatkanlah diriku dan keluargaku serta seluruh umat Islam dari azab api neraka,azab siksa kubur,dan hasutan Dajjal Laknatullah.

Adios.