Tuesday, January 29

Isu Kedai Kopi

Dengan berbekalkan maxis broadband, dapat jugak gua berinternet. Seharian tidak berinternet gua boleh gila. Gua tau lu orang pun sama.

Bila balik kampung, lepak kedai kopi, isu internet selalu gua jadikan topik. Bukan ape,gua bengang. bengang. dan bengang.
Kalau nak katakan kawasan yang gua duduk ni kampung, tak jugak, sebab jalan 2 lane, bertraffic light dan ber-roundabout lagi. Tapi gua tak mengerti kenapa masih tiada kedai-kedai cyber cafe dan kedai menjual sparepart komputer.

Semenjak gua lahir kat sini, cyber cafe yang pernah ada hanya 2 kedai. Itu dulu. Seingat gua time tu gua darjah 6 sampai form 3. Lepas tu tutup satu kedai, tinggallah satu-satunya cyber cafe paling lama iaitu IT Base.Nak kata legend tak jugak,gua tak suka sebab tauke dia berlagak Setahu aku IT Base ni orang muda-muda datang hanya sekadar nak chit chat mIRC je channel #kampung. Gua ingat lagi. Masa tu gua tak kenal lagi pasal kelajuan internet, online gaming semua. Setakat 'game tape' gua tahu.

Sekarang dah 2013 dah IT Base masih mengekalkan rentak kelajuannya sama macam dulu. Berbekalkan PC kayu yang sudah berabad dan ditambah lagi dengan kelajuan internet yang slow, RM2.50 sejam tu sekejap je duit kau burn. Nak bukak facebook makan masa setengah jam, apatah lagi Utube.

Tu yang gua tak faham, kenapa boleh hidup lagi kedai macam ni. Untung banyak, servis bangang. Gua taknak cerita pasal halal haram la,sebab gua tak pakar. Gua cerita sebagai seorang yang boleh berfikir dengan logik akal.Servis bangang, tarak guna, gulung tikar lagi baik.

Membe gua cakap, tauke dia bukak banyak bisnes, IT Base tu takkan muflis. Kebal katanya.
IT Base tu jugak ada jual mouse, keyboard, pendrive dan barang-barang basic. Tapi mahal,kalau nak banding harga kedai komputer yang lebih official.Kat kawasan sini takda satu pun kedai yang jual sparepart PC yang mana bila gua masuk gua akan terpegun. Takde kat sini takde.Kesian.

Dah la,menyirap pulak gua cite pasal IT Base ni. Pernah tauke dia cuba bukak CC yang berlainan nama, tapi gagal. Kenapa? sebab rentaknya sama.

Dan baru-baru ni ada la bukak satu CC budak junior gua punya bisnes. Niat nak bukak CC tapi manage nya tak pandai. Mungkin modal kurang, takpelah maafkan mereka. Gua nak tengok kalau untung banyak tapi servis still sama and takde upgrade dari segi kelajuan internet, arrangement kerusi meja semua tu, memang gua complain.Bilik server pun tarak,macam mana nak bukak CC ni?

Bukan ape,kalau internet sedap gua boleh tumpang.Kat rumah gua ni GPRS je boleh.Tu yang sibuk bukak isu internet kat kawasan rumah aku ni.Tu je.

hihi

adios.