Monday, June 16

ASUS Zenfone 5 : Review

1st time nak buat review, so ini kali review yang aku nak buat ni berkaitan smartphone yang baru saja aku beli tadi, yakni ASUS Zenfone 5. Seperti yang kita tahu, ASUS ni pakar dalam pembuatan laptop dan motherboard. Tapi kali ni mereka mencipta satu smartphone yang murah dan berbaloi. Memang design cantik, paparan muka menarik bagi aku sebab selama ni aku guna Alcatel so paparan dia berbeza. Mungkin juga sebab aku sudah bosan dengan paparan muka Alcatel, so bagi aku memang menarik dan bergaya.

ASUS menggunakan paparan muka terbaru dari mereka ZenUI. Mari kita tengok sikit paparan ZenUI ni macam mana gayanya.


Seperti yang kita tengok pada gambar ni, paparan muka nya seperti Windows 8 Metro. Kan? Paparan muka seperti ini nampak klasik dan simple.
Lagi foto ASUS Zenfone 5.
specs








Bagi aku, smartphone ni mampu milik. Tak perlu lah berhabis wang ringgit beli smartphone yang mahal. ASUS Zenfone 5 ini memang terbaik, dengan kapasiti dalaman 8Gb, RAM 2Gb, processor Dual-core 2.0 GHz, ianya berbaloi dengan harga hanya RM649.

Bagi mereka yang mencari smartphone ni, jika di Johor Bahru, boleh dapatkan di E-IT Skudai Parade, KSL Mall, Digital Valley @ DCM, dan lain lain E-IT berdekatan anda.

Dan pada mereka yang mungkin ada bajet rendah sikit, boleh dapatkan ASUS Zenfone 4, dengan harga RM299, atau mungkin boleh dapat lagi murah.

Sebenarnya aku tunggu ASUS Zenfone 6, tapi belum keluar lagi dan aku dah tak sabar, tak sabar ni macam tak sabar nak kahwin dah ni. hehe.

Adios.