Tuesday, November 29

Tatasusila Emosi

Serius aku cakap,
Emosi aku takde disiplin,
Kadang tiba tiba,
Datang bulan.

Sape cakap lelaki takde datang bulan?
Lelaki tiada yang emotionless.

Cuma dia takde pendarahan. Itu je beza.

Lelaki, boleh menangis.
Lelaki, boleh meroyan.
Lelaki, boleh frust.

Sebab...

Lelaki bukan robot.
Lelaki bukan hamba.
Lelaki punya perasaan.

Tapi,
Lelaki punya ego,
Ego inilah yang membantu dia bangun semula,
Ego inilah yang menolak menepis segala,
Perkara negatif dari terjadi,
Akibat pengharapan yang kecundang.

Thats why,
3 perkara yang boleh menjatuhkan negara,
Salah satunya,
Adalah wanita itu sendiri

Adios.


#akusedanghibernasi

Friday, November 25

Aturan Allah itu Indah

Aku nampak. Pengaturcaraan terbaik semuanya dari Allah. Semua berlaku atas izin nya. Apa yang Dia izinkan, semuanya terjadi.
Aku bagi satu contoh.

Situasi 1
Wedding membe aku haritu, aku ajak seorang awek ni jadi date aku. Tapi tak jadi, sebab Allah dah atur, aku pergi wedding sorang, awek tu pulak balik kampung.

Allah dah tunjuk kat aku, awek ni takkan jadi milik aku. Sebab Dia tidak mengizinkan, maka awek tu ke stesen bas bersama rakan yang lain. Aku membawa diri ke KL.

Seminggu sebelum tu kitorang dah gaduh.

Situasi 2
Kebiasaannya, aku yang akan hantar awek ni ke stesen bas. Dan, tak lama lagi awek ni akan bercuti. Allah dah atur dan tunjuk sekali lagi kat aku. Aku tak dapat menghantar awek ni sebab aku kena training. Dalam masa yang sama kitorang gaduh.

Dan awek ni jugak dah bawak kereta sendiri, dia bawak dari kampung. Rujuk situasi satu.

Buat masa ni hati aku masih tak dapat terima. Beri aku masa, masa untuk sembuh. Tapi memori bersama tak dapat aku lupa.

Sekarang, Allah uji aku. Aku kehilangan ramai kawan. Disebabkan seorang perempuan, aku hilang kawan. Bila pulang dari kerja, masuk ke dalam rumah, kosong. Hanya aku. Sendirian.

Kawan yang lain, semakin hari semakin hilang. Menyepi. Allah uji aku. Aku hanya dapat lakarkan senyuman di luaran sahaja. Aku tak kuat.

Bila ianya bukan milik kita,ianya takkan pernah menjadi milik kita.
Bersabarlah hati.