Header Ads


Blogger-Blogger yang Disisihkan

Selalunya dalam dunia blog ni,mesti ada yang dah kenal,mungkin rakan sepejabat atau rakan sekelas.Mereka hanya sekadar bermesra dan berkawan rapat di antara rakan-rakan blogger yang mereka kenal saja.Tapi lu juga perlu ambil tahu bahawasanya dunia blog sekarang ni dah besar dan meluas.Kalau boleh sorang satu mesti ada blog,dah macam akaun Facebook dah.

Yang gua nak tekankan kat sini,tak payah la ada sifat assabiyah atau berkumpulan.Sekadar berkawan rapat dengan rakan-rakan setempat.Contoh,blogger dekat-dekat ngan area KL hanya berkawan dengan blogger yang datang dari arah sana.Maksud gua kalau ada je perjumpaan,mungkin ada yang tidak dapat hadir,yang dekat-dekat tu boleh la datang,tapi bagi yang jauh.Agak susah untuk ke sana.Tapi hendak seribu daya,taknak seribu dalih.Ye gua berdalih,sebab gua takda transport ataupun wang ringgit untuk sampai ke destinasi gathering tersebut.

Dan probability untuk blogger yang tidak ke gathering disisihkan agak tinggi.Sebab gua tak pernah ke mana-mana event gathering pun.Pernah satu hari,gua try la masuk satu group ni kat Facebook,group blogger katanya.Tapi mereka sekadar berborak dengan mereka,langsung tidak pedulikan gua.Gua tanya tiada sahutan.Mahu je gua menyalak.

Mungkin mereka tidak kenal gua,tapi tak kenal maka tak cinta.Jangan jatuh cinta dengan gua.Nahas pulak kang.Tapi disisihkan di sini memberi maksud kurang mendapat perhatian.Jika yang selalu ke event-event tu gerenti mendapat lebih sambutan.

Faktor lain yang menyebabkan seseorang blogger itu kurang mendapat perhatian adalah kurangnya kemesraan,contohnya kurang bertanya khabar.Mungkin ada sesetengah blogger boleh bermesra jika selalu di sapa.Bila bertemu menjadi lebih rapat.Tapi bagi yang kurang bertegur walaupun di Facebook,kemungkinan anda akan disisihkan.Yela,orang tak kenal buat apa nak layan lu kan?

Ada juga disisihkan disebabkan berlakunya pergaduhan sesama blogger,contohnya si A ni tulis yang bukan-bukan pasal si B ni.Pastu mula bergaduh dan berpakat untuk pulau si A.Tapi walaupun lu orang memulaukan si A,si A tetap mempunyai peminat.Buat apa nak pulau-pulau ni kan?Takde bagi effect pun kat si A,malah meningkatkan lagi populariti si A.Mungkin disisihkan hanya sementara saja boleh la.Alah macam lu boikot barang israel,sekejap je kan?Pastu senyap je.

Gua rasa,tak perlu la ada sikap macam ni,kkta sama-sama blogger,sama-sama belajar menulis,so apa nak ada sifat macam ni?Sifat menyisihkan orang,sifat assabiyah dan sifat hasaf dengki.Gua rasa kalau lu nak benci gua,takde effect la.Lu bukan kenal gua pun.kan?

10 comments

Taufan Bin Ribut said...

biasenye blogger yg dah femes lah cam tu..aku x nafikan pon kalau dah femes tu cume rapat ngan g femes2 je..p nak buat cam ne..die dengan care die..kite ngan care kite..janji kite happy berblog..

http://johoreanbloggers.com/read/26891

aQi + GenGkey said...

umat blogger pun ade sikap camni ke..??
aiseh..
kalo gua kne camni gua x heran la..
gua buley cri mmber laen kalo diorg x lyn..
(sembang nk kencang je)
hahaha..:D

penaberkala said...

sekali pandang, memang dunia blog ni sama tak tumpah macam dunia realiti kita

kita apa yg kita inginkan
tapi perlu ingat, bukan semua yg bahagia di blog temui kebahagian di dunia nyata dan sebaliknya

apepun, keep blogging

Aesya Zealous said...

betul2. huhu. gua pun tak pernah lg pegi gathering. disisihkan krn paras rupa!

Anonymous said...

dunia blog ni macam macam hal..kiter layankan aja

Anonymous said...

im a new blogger...so camni ek community blogger~

Sembang Kemas said...

taufan:haha,btul,walaupun diorang semua tak melayan orang yang tak femes,peduli ape,janji happy.

Sembang Kemas said...

ade bai,konon konon blogger unite la ape jadah tah,unite sesama yang femes buat ape,hak tui

Sembang Kemas said...

haha,bahagia realiti,tak mungkin bahagia di alam maya.

alam maya ni banyak yang hipokrit,termasuk gua.

Sembang Kemas said...

semua macam tu,tengok tak cun sikit gerenti kena sisih.

macam gua jugak,naseb baek gua identiti rahsia.

secret ejen.haha

Powered by Blogger.