Header Ads


Jual Bayi & Buang Bayi

Tiba-tiba gua terasa nak tanya anda semua tentang ni.Jual bayi dan buang bayi mana lagi elok?Mestila dua-dua tak elok kan?Kalau kes buang bayi sekarang dah berleluasa,dengar je kat telinga terus rasa hati membara dan seperti mahu telan manusia itu hidup-hidup kan?Lagi-lagi tang terjumpa bungkusan berisi bayi di dalam tong sampah.Sadis gile.

Tapi kalau pasal jual bayi,selalu jugak dengar kat tv dan terbaca di newspaper.Tapi kita hanya pandang sebelah mata.Sebab tak jadi kat kita kan?Anak kita selamat...anak kita ada kat kita,tak kena jual.

Tapi tadi gua baca Harian Metro,gua baca online.Tak main surat khabar.Ni pasal kes jual bayi.Ni baru sikit ni.Jom kita baca.

KUALA LUMPUR: Bekas pembantu jururawat di sebuah hospital swasta hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan memperdagangkan seorang bayi perempuan berusia lapan bulan, tahun lepas.
Mengikut kertas pertuduhan, Ghulab Jan Abdul Jabir, 49, didakwa memperdagangkan bayi berkenaan bagi tujuan eksploitasi di Hospital Taj, No 492, Batu 3, Jalan Ipoh, Sentul di sini pada 2.10 petang, 1 Nov 2010.



Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nor Amalina Ismail menawarkan jaminan RM50,000 dengan dua orang penjamin beserta syarat tambahan iaitu pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.



"Jaminan yang ditawarkan berpatutan kerana kes ini membabitkan sindiket penjualan bayi dan merupakan kesalahan yang serius," katanya.



Gua rasa kalau sindiket jual bayi dan sindiket buang bayi bergabung,gerenti lagi lumayan kan?

Gua nak mintak jasa baik anda semua pembaca blog gua untuk klik SINI,hanya satu klik anda mungkin dapat mengubah hidup gua,gua join contest ni.Please Please Please.Walaupun lu rasa gua memualkan.Tak berpeluh pun klik satu link kan?Tak luak satu sen pun,harga broadband sama je takde caj lebih pun.HAHA

2 comments

Blog User said...

Nauzubillah. Manusia sekarang dah tak ada perikemanusiaan langsung.

Sedih.

Sembang Kemas said...

kalau mereka bergabung,mesti masyuk.haha

Powered by Blogger.