Header Ads


Ustaz Instant

Aritu ada baca ST#3 gua?ala pasal melayu kalut nak jadi ustaz instant.Jap.Ustaz instant bukan bermaksud imam muda.Tetapi ustaz segera.Macam biasa orang melayu ada sifat insaf kadang-kadang,tapi  tahap keinsafan mereka kadang-kadang nampak hipokrit.

Mean insaf bila ada sesuatu perkara ajaib terjadi atau suatu perkara aib.

Dan ustaz instant terdiri daripada kita semua.Kalau bagi perempuan,ustazah instant la jugak.

Jangan nak cakap "ok la tu,ada jugak sifat insafnya".Jap.Sebelum lu cakap macam tu,gua nak kasi tahu.

Kita tak perlu hipokrit dalam memberi nasihat,beri firman ini beri hadis itu.Gua takut kalau lu salah hadis,tak ke mampus?

Contohnya,
Suatu perkara aib berlaku,seperti Adinda Evans,not Juliana Evans ye.Tengok pada orang yang komen,kita dapat tengok siapa yang bertamadun dan siapa yang tidak.Ada yang memaki hamun,itu gua panggil setan instant,ada yang berceramah panjang jela-jela itu gua panggil ustaz instant.

Nape kita tak menggunakan pendekatan nasihat secara sederhana?

Lu tak boleh maki hamun,dan berkata "pergimampos la kau,kubur asing-asing." Nampak sangat lu tak prihatin terhadap umat sendiri.Ini setan instant.

Bila lu berceramah pulak,bagus bagi nasihat berdasarkan hadis,gua tak sangkal.Tapi kita jangan cuba untuk menunjukkan kelemahan diri sendiri.Ada yang bersikap munafik bila berceramah.Bila malam clubbing,bila siang berceramah,nasihat semua bagai.Gua tahu ada yang macam ni.

Ya gua tahu gua takde hak untuk beri gelaran seperti itu.Tapi itu pandangan gua,kalau taknak tunjuk kelemahan,cukuplah dengan bersederhana.Kan?

Seperti,
Lebih baik minta maaf pada rakan-rakan dahulu,jika kamu ada buat salah.Tidak kisah salah besar atau kecil.Mungkin kerana kesalahan kecil,mereka menjauhi kamu dan kamu perlu mencari jalan penyelesaian untuk berbaik semula.


Camni?Emmm

Chaio!

2 comments

Fyqa said...

haha. betol2.

wahh ada glaran lak instant ekk



;)

Namee Roslan said...

masing2 nk jadi hebat...jadi lah ustaz atau ustazah. nk nasihat orang tp diri sendiri x betul. itu yg masalah tu. eh apa jadi adinda evans eh..dgr kata dah pakai tudung..

Powered by Blogger.