Header Ads


Puasa Itu Sekadar....

Memandangkan bulan puasa masih belum tamat,aku pun ada ceramahnya untuk bulan puasa ni.Dalam jahat ada baiknya jugak aku ni,dalam syaitannya ada malaikatnya sikit-sikit kan.Jadi bila dah bulan puasa syaitan kena ikat so yang tinggal hanya malaikat-malaikat saja.

Walaupun mulut ni tetap mengata mengutuk walaupun syaitan tiada kan,tetap ada kebaikan,iaitu sentiasa beringat sebelum buat jahat di bulan puasa ni.Bulan lain gerenti kau takkan beringat,kan?

Aku kan kerja pasaraya,jadi bermacam karenah aku nampak.Walaupun kerja tidak lah seberat mana pun,tapi tetap tidak mahu berpuasa,sedangkan hanya orang yang bekerja kuat seperti buruh kasar diharuskan berbuka puasa.

Orang yang kerja kuat pun pikir dua tiga kali sebelum berbuka,nak berbuka ke idak ye?

Yang kerja dalam pasaraya ni,dalam aircond lagi,ingatkan lepak dalam office buat apa.Tapi makan.

So,bulan puasa tahun ini sekadar berpuasa di depan orang ramai.Sekadar menunjukkan sifat munafik.Tidak berpuasa tapi berlakon seperti seorang yang berpuasa.Tak munafik gitu?

Hipokrit sungguh.

Puasa itu juga sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga.Bila depan depan,face to face,bukan main baik,pijak semut pun tak mati.Fuyoh.

Tapi bila belakang,kaw2 mengata orang,walaupun tahu dia sedang berpuasa.Kutuk mengutuk bos itu adalah perkara biasa.Sama macam gua jugak,puasa gua sekadar menahan lapar dan dahaga.Asyik-asyik kutuk bos,mana taknya,dah bos pun 2x5 langsung tak puasa.Cam haram.

Walaupun kerja yang dibuat tidaklah berat sangat.Masuk toilet cucuh api fuh fuh fuh.Bila aku masuk tandas aku bau Dunhill.Memang cam haram bos gua ni.Patut la pasaraya dah nak bankrup.ish ish ish.Mana pergi sifat mulia di bulan puasa,kat kereta pasang lagu nasyid.Lagu ingat mati semua tapi tak pernah nak ingat kat mati.

Aku pun gerun tengok orang macam ni.

Dan anak-anak buahnya boleh pulak tak puasa dan berbuka secara berjemaah.Letih itu bukan alasan untuk berbuka.Dan jangan salahkan puasa jika anda letih.Kalau tak puasa,letih jugak kan?

Itu semua cubaan.Baru cubaan sikit je korang dah tak tahan?Macam mana azab kubur azab neraka pulak nanti?

Allahualam.

Aku pun gerun.Gerun.Tambah geram.Grrr...

Adios.

3 comments

A's said...

errrkkk?? pasaraya manalah kau keje nih??adehhh
scary gilaaa..aduhh

Namee Roslan said...

laki ke? kalau laki nk kata period tipu la kan.

Careila said...

parah kalau laki pun macam tu..hm..yang perempuan pun tak kurang jugak..
ramai yang suka bagi alasan "the moon is coming" tu kan? hampeh!
grrrr....

Powered by Blogger.