Header Ads


Bila Sedang Dilamun Cinta

Cinta. Perkara biasa yang dialami manusia sejagat. Siapa yang tak pernah bercinta? Bermacam jenis cinta ada, cinta pada tuhan, cinta pada binatang. Tapi aku kat sini nak cerita pasal cinta antara dua jenis manusia. Lelaki. Perempuan. Manusia normal. Logik akal. Pasti boleh jatuh cinta.

Kalau cinta antara manusia ni pulak, ada bermacam jenis jugak. Contoh,

Cinta Jarak Jauh - Lelaki. Perempuan. Bercinta. Jauh. Oversea mungkin. Atau Kedah - Johor.

Cinta Pandang Dari Jauh - Lelaki. Perempuan. Hanya sekadar bercinta dalam hati. Tak mampu luah.

Cinta Tiga Segi - Lelaki. Lelaki. Perempuan. Atau sebaliknya. Yang pasti 2 lelaki atau 2 perempuan. Cinta yang paling sukar kerana saling rotate antara bertiga. Entah sampai bila.

Dan aku rasa takda Cinta Bertepuk Sebelah Tangan. Mengapa takda? Sebenarnya, cinta ni terbit secara perlahan lahan. Kau bertepuk sebelah tangan bila kau tak cuba. Atau kau dah cuba tapi kau silap. Kau memperbodohkan diri kau atau mungkin dengan bahasa mudah, gelojoh.

Cinta ni terbit perlahan,
Masa mula mula nak start conversation, kau akan mula bercakap depan-depan dulu. Nak hilangkan invinsible. Nak buat awek tu nampak kehadiran kau dalam dunia ni. Bukan senang. Kalau kita tak perkenalkan diri kita, mana mungkin dia perasankan kau.

Dan bila conversation dah mula, konversasi akan mula beralih ke dalam talifon. Zaman sekarang, facebook chat pun melalui talifon. talifon-pintar kan sekarang. Dan bila dah start chat kat facebook, pasti hari pertama chattingnya agak lama, kalau boleh nak chatting dari pagi sampai pagi esok. Itu perkara biasa berlaku.

Dan perkara itu akan berterusan selama seminggu, yela. Dalam minggu pertama mana mungkin kau sayang orang 100% ataupun separuh mati. Tidak mungkin, tidak.

Dan setelah step ini kau dah accomplished, kau kena kawal diri kau. Jangan terlalu gelojoh. Gelojoh nak sembang pasal kau cinta dia separuh mati la. Separuh bogel lah. Kahkah. Kau patut sembang biasa, buat buat lawak. Bagi dia selesa. Dan step ini kau perlu teruskan untuk 3 bulan pertama. Kalau dia belum selesa dengan kau, tambah lagi 2 bulan. Ini untuk jangka masa panjang.

Ok. Katakan lah, kau gelojoh. Kau taknak tunggu 3 bulan pertama tu, kau sangap. Apa akan jadi?

Kau sangap dan minggu ke-2 kau mula sembang yang kau rindu dia la, kau tak boleh hidup tanpa dia lah, jaga-jaga. Disebabkan kau gelojohlah kau akan alami Cinta Bertepuk Sebelah Tangan. Si perempuan akan mula, akan mula rasa tak selamat, rasa rimas, akan buatkan diri kau dibenci.

Apa? Kalau tak gelojoh dan bermain perlahan belum tentu dapat?

Ya. Memang belum tentu, sebab kita hanya perancang, bukan penentu.

Kita merancang, tiba-tiba si awek mati eksiden. Sapa tau? kan?

Dan lagi satu keputusan hanya terletak pada tangan si perempuan. Kalau si perempuan tu nak terima kau atau tidak, tu bukan masalah aku. HAHAHA.

Jadi, Goodluck-lah anda semua dalam department ni. Antara department paling famous-amos.


Adios.

No comments

Powered by Blogger.