Sunday, November 10

Pemalas.

Aku ni sebenarnya ada banyak sifat buruk. Sifat ni membawa ke alam pekerjaan dan sedikit sebanyak menjatuhkan maruah dan prestasi aku sebagai engineer muda.

Salah satu sifat buruk aku,
Pemalas.
Bukan saja semasa di peringkat pengajian, malah alam pekerjaan juga aku masih simpan sikap ni.
Bukan malas datang kerja, tapi aku malas buat kerja. Duduk site, aku tengok kiri tengok kanan. Tayang muka. Then report satu haram pun takda. Semua terabur. Dari awal projek sampai akhir, aku mess up kan.
Contohnya, bila nak pergi amik DO lah kononnya, aku perlu ke office sebelah yang takda la jauh mana pun. Jalan kaki 5 minit. Itupun malas. Perkara ni akhirnya akan menyusahkan diri sendiri. Memang. Siapa malas dia rugi.

Dan harini, aku menyebabkan masalah timbul lagi. Stock count aku tak buat menyebabkan panel yang patut dihantar ke singapura hilang. Ya hilang. Aku takda cek apa yang kat site dan apa yang sudah dihantar.
Dan aku mula bersedih. Muka sememeh macam nak nangis.

Memang. Harini kepala aku sakit. Sakit memikirkan apa aku nak jawab dengan bos Isnin nanti. Aku takut benor dengan bos aku ni. Sekali dia tendang pintu. Pecah. Itu yang aku takut.

Dia juga ada berpesan, jangan timbulkan masalah di akhir akhir projek.
Dan aku masih buat masalah.

Dan sekarang, aku tengah cuba nak sumbat telinga aku. Moga moga Isnin nanti aku lalui dengan tenang.
Aku rasa perkara ni berlaku sebab aku tak ikut jalan yang lurus.
Aku mintak maaf.

Aku benar benar takut sekarang ni.
Lain macam takut dia.

3 comments:

Danial Jaafar said...

takut rasa macam sesak dada tu, salah satu tanda stress. yang bagusnya, ko tau apa penyebabnya - sikap pemalas ko.
semoga tabah.

IQ = Iez Qis said...

aku pun same...malas jer nak siapkan kerja yang melambak ni....haishhh!

paan kowt said...

Gempak R..haha..brader rilex.keep calm and face your boss like no false..hehe...