Wednesday, May 7

Aku Gagal 2

Apa yang aku gagal sebenarnya? Gagal memenangi hati seorang awek ni.

Kenapa gagal?
Aku tak tahu, mungkin aku banyak buat dia sakit jiwa. Mungkin juga sebab aku gila.

Kenapa kau dah cuba sedaya upaya tapi tetap gagal?
Mungkin teknik aku belum cukup hebat, mungkin aku terlalu jiwang, dia penah cakap dia xsuka jiwang.

Apa yang kau dah cuba sedaya upaya? Cerita sikit.
1. Mula2, ni bukan nak ungkit, aku belanja dia kfc sebab masa tu mokd dia down gila. First step aku, aku rasa mainstream sgt.
2. Aku hadiahkan dia kek, dah dia mintak. Aku cuba nak menang hati dia dgn bagi dia kek yang akj post dlm ig. Mainstream juga.
3. Aku pernah, semata2 nak teman dia balik kl, aku pun ikut sekali pegi kl. Tido umah akak aku. Aku tak tahu apa motif aku. Saja nak ikut kot. Mainstream.
4. Aku pernah cuba bagi dia buku yang aku beli. Tapi malangnya dia xsempat baca buku tu, dia terpaksa pulangkan kat aku. Mainstream juga.
5. Time konvo, aku sanggup pergi ambilkan jubah untuk dia. Sebab dia takut size paling kecik abis. Aku pun tolonglah.
6. Konvo, aku pernah tolong beraturkan untuk dia masa nak amik jubah. Masa tu dia kat dalam dewan raptai. Aku xmasuk, so aku beratur awal. Padahal bukan jubah aku pun.
7. Aku sanggup mintak cuti awal sebab nak pergi tolong beraturkan.
8. Konvo, aku belikan dia bunga. Bunga cepat layu. Dan ianya mainstream.
9. Aku pernah ambil cuti seminggu lebih sebab dia ada competition di jb. So aku bercuti abang aku kawin di sabah dan esoknya aku turun jb pulak. Nak tengok dia speech untuk iskandar.
10. Dalam minggu yang sama, selepas competition di jb, aku ke kL pula. Untuk sambut harijadi dia. Sebenarnya dia xtahu akan kedatangan aku. Konon2 surprise. Ya, memang minggu yang meletihkan.
11. Last, baru2 ni aku send jambangan ke pejabat dia. Sebab aku tak tahu mana dia menetap. So aku send ke ofis dia.

Dan aku tak tahu, di mana silap aku. Tolong bagitahu, kot2 aku boleh perbaiki dan tak buat lagi bila aku ngurat awek lain.

Emm. Aku rasa kau ni dah kronik. Dia pernah bagi apa2 kat kau? Dia pernah janji apa2 dengan kau?
Janji tu aku tak tahu sama ada dia main2 atau pun betul2 janji. Dia janji something yang buatkan aku terus hold and keep hold.

Dan sekarang?
Aku rasa sekarang aku dah 50% lupa kat dia. Banyak tu. Tapi kadang2 50% tu datang balik. Yela. Susah nak lupa orang yang kau suka.

So macam mana sekarang?
Aku akan cuba lupakan dia. Sebab aku ada komitmen yang lagi penting iaitu cita2. Aku harap boleh lupa skejap pasal cinta ni. Bak kata passenger, let her go. Let her go. Macam frozen jugak. Let it go, let it go.

Your last wish to her?
Aku just nak dia lupakan saja cerita lama. Mesej aku kat fb ke kat whatsapp? ke kat kakao ke, just delete. Even my picture kalau ter ada dalam harddisk. Just delete it. Aku taknak kau tercedera lagi.
And, as the end of this story, aku cuma nak bagitau dia, kalau kahwin nanti invitela aku as her classmate.

And semoga masing2 berbahagia dengan pasangan hidup sendiri dan berjaya jadi bos kat malaysia ni.

Adios.

No comments: