Saturday, March 26

MARCH 16

Aduh, aku baru pekena kambing ni. Berpusing kepala macam gasing, malam yang panas pulak. Memang masak aku malam ni.

Bulan ketiga tahun ni hampir tamat. Sejak 2016 bermula, hidup aku banyak berubah.

Karier yang sebenar baru je bermula setelah 3 tahun mencari pengalaman dalam bidang yang lari sedikit dari sektor kejuruteraan awam. Aku mula kerja site, belajar benda baru, main tanah dan konkrit.

Kawan kawan yang baru, character aku pun aku rasa banyak berubah. Aku mula berasa konfiden (overconfident) dalam diri, mula menjadi seorang yang friendly, dan tak banyak merungut. (itu dah memang sifat aku)

Dan baru baru ni aku cuti 4 hari, sebabnya aku ke kenduri membe aku. Bukan kenduri arwah la, kenduri kawin. Kahkah.

Dan bulan ni jugak aku ada temu janji, temu janji yang aku dah plan sejak dari bulan 11 tahun lepas. Pada asalnya plan main main je, tapi disebabkan dah 3 tahun tak jumpa, aku plan nak jumpa seseorang di majlis membe aku tu.

3 tahun lepas aku kenal dia melalui membe aku yang kawin ni la, dia yang menjadi penasihat kewangan aku. Kalau tak kenal dia memang aku sampai sekarang takkan ada savings. Masa tu kitorang tak borak lama, aku pun masa tu masih malu malu, maklumlah pemalu orangnya. Masa tu, aku belum yakin dengan diri sendiri, diri pun comot so keyakinan pun kurang.

Nak yakin dengan diri sendiri? Berpakaian kemas dan jaga penampilan. Maaflah ada sedikit iklan. Kahkah

So, sampai waktunya aku pun jumpa lah dia baru baru ni. Actually, aku pun gementar, tapi aku maintain cool dan buat biasa je.

Masa mula2 sampai rumah dia, mak ayah dia tengah lunch. Aku pun segan nak kacau, tapi disebabkan aku nak bawak anak dara diorang keluar, keizinan tu paling penting. Aku tak kenal pun mak ayah dia tapi selambe je aku cakap "pakcik makcik, saya nak "pinjam" anak makcik kejap".
Pinjam means later kena pulangkan lah. Kan?

We didnt take much time spending hours together. We sit in one cafe and talk a lot about us. (More about her) 😂
Yelah dlu mana sempat kenal diri masing masing. So kitorang melepak jelah dari jam 1.30pm sampai lah jam 6pm. Aku rasa waiter cafe tu pun dah usha lain macam. Kitorang macam taknak keluar dari kedai tu berborak. I learnt much from her, she also berfikiran matang.

Kitorang tak pergi jalan2 sangat pun, jalan kejap pastu lapar punya pasal turun pergi makan. We never goes to watch movies. I rather sit for hours because its our first time and need to know about each other.

She also make a Red Velvet for me. Kebetulan bufday kawan dia, so adalah sedikit buah tangan dari dia. Aku pelahap sorang taknak bagi orang lain makan. 😂😂
Benda special mana boleh kongsi kan? Haha

Tapi aku dah belajar something sepanjang aku hidup ni.

Jangan kecoh kalau benda tu belum jadi. Sebabnya before this, kalau bercinta akulah yang paling kecoh post sana post sini. Last last sakit hati sendiri. Aku rasa lebih baik jangan kecoh, kang ada yang terpikat, kena sailang. Kahkahkahkah

Jadi aku nak pesan lah sikit, janganlah post benda2 yang kau rasa belum tentu jadi kau punya, kelak kau yang menangis. Aku dah rasa.

Dont post it everywhere dan jangan pulak sorok macam rahsia kerajaan. Be balance. Bersederhana.

Adios.

1 comment:

IQ = Iez Qis said...

yezza...tahniah buat ko pul, hope this time she will be yours..eh? heeee..

aku try apply wct, xdpt.. T.T...sedih aiii