Sunday, April 3

Alam Dewasa

Memang betul cakap orang, bila tiba masa, mula lah kita akan lebih fokus. 

Sekarang baru aku dapat planning apa yang aku akan buat dalam masa 5 6 bulan akan datang. Sebab aku lebih fokus. 

Kalau dulu, masih lagi dengan berfoya foya. Enjoy sana sini. Gaji 10k hujung bulan habis jugak. Ntah mana hilang. 

Aku rasa aku baru nak masuk alam dewasa. Aku ni macam lewat sikit, alah otak tuannya pun loading, lambat pikap, sudah tentu badan pun ikut skali. 

Sekarang ni apa yang aku akan buat, aku mintak nasihat mak ayah aku. Aku pun dah mula tinggalkan tabiat keluar malam pergi karoke. Tabiat merokok alhamdulillah dah seminggu aku berhenti. Tabiat solat lambat, alhamdulillah aku cuba awalkan. 

Dan sekarang ni aku tengah cuba nak menangi hati someone ni. Tapi aku kena minta izin dulu. Sebabnya.... 
Hati manusia ni sebenarnya milik Allah. Tak kisahlah hati nora danish ke, era fazira ke, hati awak ke, ianya milik Allah. Kalau kita nak milikinya, mintalah dari Tuan empunya, Allah s.w.t. 

Adios. 

1 comment:

IQ = Iez Qis said...

Alhamdulillah...tak sabau ni nak kenal adik ipaq ni..

moga perubahan berterusan...selamat melangkah ke alam dewasa!