Header Ads


Beg & Bas

Gua baru sampai umah gua dekat Maran dari JB,ramai yang tak tahu Maran nih dekat mana,Bandar Ayam Kampung tuh.Tak cayo?Try lah search google.Gerenti keluar gambo ayam.

Tadi gua sampai dekat Gambang jam 11.30 tepat,gua sound pakcik drebar bas dari belakang.
"pokcik,gua nak turun depan sana tuh,dekat petronas gambang pokcik,bule?" tanya gua.
"bule tu bule,tapi blanje pokcik winston dulu." balas pokcik drebar.

Selesai je turun terus gua bukak bonet bas,ambik gua punya beg askar,besar cam lahanat.Gua tendang bas sebagai tanda gua sudah ambik barang gua,serta merta pokcik tadi tekan minyak,berdebu muka gua.Cis!

Teringat pulak gua dengan kisah lama,time nih gua rasa gua nak balik raya tahun lepas la,dengan berbekalkan beg kecik dan beg besar,gua naik bas.Beg kecik gua bawak naik,beg besar gua letak kat bonet bas.Malas gua nak angkat naik atas,menyusahkan.Time nih dari JB jugak,seperti biasa gua turun di petronas.

Masa gua nak turun,gua ada sound pokcik drebar nih,
"pokcik guaaaa nnnnaaakkk aammmbiiikk bbbeeegg." kata gua dalam nada mabuk.
pokcik tidak mengendahkan gua.Dia tak dengar gua berkata,mungkin menghidap penyakit sound trouble.
Gua turun tangga bas,tap tup tap,ahh lega..dah cecah tanah.
VRommmM!!!!
Serta merta bas beredar,gua menggelabah,beg gua ada kat bawah.Gua maki hamun pokcik bas sambil mengetuk dinding bas tersebut bertalu-talu sekuat hati gua.
Tidak diendahkan.Serious shit punya sound trouble.

Bapak gua ternampak insiden tersebut,terus bapak gua drift depan gua,gua naik,bapak gua senyum tanda mahu kejar bas tersebut.

Gua rasa bapak gua tekan pedal cecah tanah kot.Sebab meter naik sampai abes.Dikejar-kejar bas tersebut,bapak gua kasi hon dua tiga kali sama pokcik drebar,tidak diendahkan.Bapak gua nekad cuba memberhentikan kereta depan bas,gua tertanya,gila apa,kena sondol kang mampos.Ternyata bapak gua bijak,bapak gua teruskan perjalanan ke stesen bas sahaja,takyah susah-susah nak kejar kehulu kehilir.eksiden kang niaya.

Sampai kat stesen bas,pokcik drebar tersengih,kantoi gigi takda.Terus sound gua,
"apsal lu tadi tak cakap nak ambik beg?" sound pokcik keras.
Gua sekadar tersenyum sinis.Tanda gua geram nak luku je kepala otak pokcik nih.

Lain kali,cari drebar yang tak sound trouble.Bala bala.

8 comments

Cik TeN10 said...

hahah.. ade jugak kisah cm gini ea? sabo je lah..

Sembang Kemas said...

ni bukan kisah reka0reka ok.kisah benar nih.

apelyna said...

haha. funny, tp realitinye mesti mencuakkan giler en? hehe

Sembang Kemas said...

@wan zuliyana [apel]
haha,seyes cuak la,tapi aku masih cool lagi time tu,walaupun masih mami dan mabuk.

Izyan Balqis said...

hahahah! memang lwak! gila laa~ siap maen kejor2~~ menarik!

Sembang Kemas said...

@IQ = Iez Qis
bapak gua berani mati,berhenti depan bas.pastu bas taknak berhenti,buat dono je.damn

apelyna said...

perh cm citer industan dah. tp hero ala-ala cina. ala-ala je oke! haha

Sembang Kemas said...

ekeleh apel,tak kasi can kat gua langsung nak jadi hero..kah3.

Powered by Blogger.