Bersedudukan
gambar sekadar hiasan |
Isu macam ni mungkin lu kata basi,tapi sebenarnya isu ni tak pernah basi.Sentiasa fresh dengan pasangan baru.Mungkin semalam pasangan A bersedudukan,hari ni mungkin pasangan B pulak bersedudukan,mana tahu esok pulak pasangan C bersedudukan.Kita tak tahu,itu yang gua kata fresh to fresh.Tak pernah basi,ibarat dalam peti.
Tapi disebabkan sikap rakyat Malaysia yang hanya pentingkan hidup sendiri,dan pandang perbuatan orang lain sebelah mata,isu ini tidak dapat dibendung.Malah semakin membiak.Pakwe Makwe alaf ini dah tak perlu pegi sewa hotel,dalam rumah sendiri pun dah boleh buat video sendiri.Sebab takkan ada orang peduli tentang jiran sebelah.
Mungkin ada lagi yang bersikap ambil berat tentang hal ini,terutama ustaz-ustaz dan imam masjid.Pak haji juga tidak ketinggalan.
Tapi kebanyakan jiran-jiran takut untuk menegur pasangan tersebut,takut mati ditikam.errr.
Kalau la lu takut kena tikam,lu telefon jela pejabat kadi,pergi tangkap pasangan tersebut,lu takyah la join semasa tangkapan dibuat,takut muka lu kena cam.
Nasib baik gua takde jiran,jiran semua budak-budak kecil,lain la kawasan perumahan teres,gerenti banyak yang bersedudukan antara lelaki dan wanita.Mendekati zina namanya.
Dekat JB toksah cakap,ada je pasangan macam ni,mungkin sama-sama tak dapat tahan nafsu,ape lagi kahwin jela.Sebab lu dah dikategorikan sebagai insan yang wajib kahwin.Kerja dah ada,wang sudah ada.Tapi pemikiran diorang singkat,tahu nak kepuasan dan tak mahu bertanggungjawab.
Ini orang tak guna,sekadar berseronok.Macam lahanat.Taknak bertanggungjawab,pandai buat anak tapi tak pandai jaga anak.
Jadi jauhilah zina,bersedudukan ni dikira adh dekat sangat dengan zina,nak menjauhinya jangan la duduk dekat-dekat,duduk jauh-jauh lagi senang.Lagi bagus kalau couple jarak jauh,jauh dari zina,kan?
Dalam satu rumah anda berdua,nak tahu sape orang ketiga?Setan laknatullah.
*semua orang tahu =.='
Kalau nak berdating,harus ada orang ketiga,saudara kepada awek anda.Yakni adik-beradik awek lu la.
So,gua berceramah bukan untuk lu orang baca saja,untuk diri gua jugak,supaya gua sentiasa ingat.
Dan menjauhi perkara macam ni.
Kepada yang berpasangan,jangan lah 'berseronok' berlebih lebihan.Sampai pegang atas pegang bawah,dosa.
Tak nak dosa?Kahwin la..tapi nak kahwin ada SYARAT nya.Baca la syarat tuh.
p/s:update guna netbook yang kerajaan bagi.lembab.
7 comments
Kalau tegur kang..ada yang mati kene tetak...uiiii...ganaazzzz pasangan sekarang..@_@'
Jiran tetangga zaman sekarang lebih mementingkan kepentingan sendiri sendiri dari bermasyarakat. Sebab tu la aktiviti bersekedudukan berleluasa ;(
anastasyea's latest post .. HTC Desire S | Hak Milik Kekal
hah,ada cara lain nank tegur,
caranya,telefon polis.
setuju! XD
tak tegur slh
dh tegur melenting
bgitau kadi suh nikahkan je
Lagi bagus kalau couple jarak jauh,jauh dari zina,kan?- like habis la statement ni bro! ;D
erm.susah juga.bila ditegur.kata busybody.tapi sebenarnya nak menghindari kan.erm.setuju dgn @ruby dane.couple jarak jauh mmg jauh drpd maksiat semua.sbb tak pegang2 tangan ni.hehe.ringan-ringan lah.hehe. :)
aku pun ada buat entri macam ni.
http://riffzam.blogspot.com/2011/05/nafsu.html#axzz1N5dFz9Id
http://riffzam.blogspot.com/2011/05/fahami-selami.html#axzz1N5dFz9Id
Post a Comment