Header Ads


Bila Kosong...

Masihkah kau ingat Sembang Kemas?

Dah lama gua tak update,time exam rajin update,now dah bebas,merdeka,terasa diri ni malas nak update.
Masing-masing sibuk dengan barang,baju,boxer,seluar dalam,nak kemas katakan.

Nak balik kampung halaman,semua bergembira balik kampung halaman,gua dengan beberapa membe saje yang masih kemas dan tidak pulang lagi.Bak kata orang,ambil masa untuk legakan otak dari segala perkara yang membuatkan saraf otak kusut dan berbelit.
Urat otak gua dah bersimpul akibat final exam semester nih.Tapi alhamdulillah,sudah selesai itu semua.
Cuma gua perlu tenangkan otak gua,lepak dekat blok,tanpa membe yang ramai,terasa sunyi.

Tapi...jangan pandang belakang.
Kah3...

Itu la sebab gua tak update,nak relax dan buat benda-benda yang boleh tenangkan fikiran,macam memancing.

Bila dah terasa nak update,blogspot pulak maintenance,gua taknak marah diorang,sebab kerja mereka nak kasi blogger.com maintain power.Gua kasi chance la kat mereka semua nak buat maintenance.Tapi janji jangan buat lagi yeeee...

Exam sudah abis 5 hari yang lalu,petang nanti baru gua akan balik ke kampung halaman..hati terasa rindu kat rumah dan budak kecik.

Tapi...

Mungkin dua minggu selepas itu,gua akan kembali ke JB,sebabnya,gua akan bekerja di sini selama 2 atau 3 bulan,gua nak cari income sikit,takkan nak makan duit blog je?Mane cukup,laenla kalau blog gua femes kan?
Kerja yang akan gua mintak nanti,kerja kat resort,as a waiter.Sebulan boleh mencecah RM12++. Masyuk,boleh gua berangan angkat laptop baru.Bukan jadi gigolo ok?!

Bila blok dah kosong,sambil-sambil tu gua dengar MJ12,seram bila duduk hanya bertemankan 3 orang membe,masing-masing akan kecut perut bila mendengar MJ12.Seram.Nak masuk ke tandas pun gua cuak,tapi berbekalkan sedikit iman,gua masih boleh bersemangat.

Baiklah,esok petang gua akan pulang,dalam poket ada RM5 je,cukup la tuh,tiket dah ada,hanya perlu beli roti gardenia,itu dah memadai.Nanti gua sampai umah,gua update lagi ok?

p/s:alamak,kalau gua keje JB,takleh la jumpa Bakal Cikgu kesayangan gua.demn.

2 comments

mcm ni lah said...

nak komen ape erk ?,. ermmm entry semalam yg penat2 aku buat habis kene delete,.
:(

Sembang Kemas said...

ek eleh lu ni mat,ucap la gudluck sampai umah ke.kah3..

ak tak update semalam,naseb baik,dengar kate diorang dah recover.

Powered by Blogger.