Header Ads


Bila Si Gadis Mendustakan Cinta....

Gua nak buat konklusi pasal entry gua yang lepas,,ala,pasal cinta tu.Nak tahu?Klik SINI.
Ingatkan tak ramai yang nak jawab soalan gua,memandangkan blog gua tak femes macam blog cik EPAL kan?haha..perlu ke femes?tak kot..

Yang penting ade jugak orang komen,itu sudah dikira memadai.Takdela macam gua bersembang sorang-sorang kan?

Sebelum gua menulis entry lepas,mestilah gua sudah membuat hypothesis.Jangkaan awal gua pasal bila si gadis memutuskan hubungan,gua jangka,yang si gadis tidak akan mengingati ex dia bila sudah bercouple yang baru.Hypothesis gua je tuh.

Gua jugak menjangkakan yang si gadis mempunyai alasan-alasan tertentu untuk melupakan ex dia.Contohnya laki tuh kalau macam lahanat,buat apa nak bersama lagi kan?

Tapi,lain orang lain merah hatinya.

Contohnya,

"errm.. biasenye pompuan tkkn cri len slgi laki tu treat dia elok2.. ^^ so mybe ble die mntk break sbb laki len, ade la tu yg tak kna.." komen IKIN HAMDAN

So,bagi lelaki,kalau la anda nak diingati sampai bila-bila,seriously lu kena jaga awek lu elok-elok,macam komen kat atas nih.Treat awek lu,jangan buat bodo je dengan awek lu,pastikan setiap date yang berlaku dijanjikan dengan penuh kejutan dan keseronokan.

Jangan pulak lu ajak awek lu check in hotel.sigh.

"ohoo..kalo ak jujo r an.still ah ingat ex lame.lagik2 yg kite syg giler 2.laki camtu gak ke?"komen Zulaikha Abd Razak.

Yang ni membe gua komen,so tak semua gadis boleh lupa kat ex dia,mesti masih terngiang-ngiang kat telinga,yela,si ex telah muncul maybe 10% dalam hidup si gadis.

Dan si membe gua nih tanya gua soalan pulak...ok gua jawab..Laki agak-agak macam tuh tak?
Bagi gua la,menjawab dengan serious so,si laki mestila masih ingat jugak dekat ex dia,memandangkan gua pun insan ada hati dan perut.
Tapi kalau laki yang berfoya-foya tuh gua tak tahu la hati dia macam mana,dan jugak gua tak tahu hati mat rempit ada taman ke tidak...

Tapi kalau gua ingat pun,ingat doesn't mean I miss her.Sekadar ingat kisah lama,kalau la rindu,buat apa kasi putus hubungan dulu kan??

Bangang.

Seriously bakal cikgu kat Kelantan tuh akan lesing gua kalau gua rindu sama awek lama.

Bodoh apa gua nih.

So,gua harap cik noris tak marah gua ye...kang dia mengamuk,korek lemak gua buat sup.

So,bila dalam perhubungan tuh,cuba cuba lah untuk jauhkan dari maksiat,dah buat sekali gerenti dah takkan setia dah,sebab si laki sudah dapat ape yang dia mahu,DARA.

Laki macam nih lu wanita sekalian tak perlu nak rindu dan hafal ok.

3 comments

Anonymous said...

ceq suka entri ni...actually sometime perempuan kena gak bukak minda sebab tak semua lelaki yang salah..i admit that!!

Anonymous said...

gua nak komen kat lu nyer entry ari tu tp ramai bebeno yg dah komen. wahaha. kalau gua, gua takkan saje2 nk putuskan hbgn kalau laki tu perangai tak macam cipan lahanat. haha. so, wak pe nk igt orang yang buat cilanat ngan kite kan?

konklusi : laki kene la treat ppoan tu elok2. karang ppoan tu cabut.

Mama Ta said...

betul la ikin hamdan tu cakap, perempuan takkan putuskan hubungan suka-suka kalau lelaki treat perempuan tu baik-baik. tapi most of the time lelaki tak perasan salah sendiri dan perempuan pun takkan tiba-tiba nak terhegeh-hegeh maki sana sini, jaadi putuskan hubungan. lelaki pun akan kata yang perempuan ni itu ini sebab putuskan hubungan macam tu je tapi dia tak perasan salah sendiri.

yes. perempuan pun akan ingat kat ex dia. tapi bukan ingat means rindu and nak balik kat lelaki tu. takde maknanya. ingat sebab langkah berjaga-jaga?! taknak pengalaman berulang. jadi take note untuk diri sendiri. lebih kurang macam tu la.

Powered by Blogger.