Header Ads


Gua memang Blogger Tegar.

Gua memang Blogger Tegar.
*copy paste tajuk,mudah

Tapi gua tegar-tegar gua tak sampai gua berair mata,merah-merah menangis jika tak dapat tulis blog.
Padahal gua memang macam tu.
Nama pun blogger tegar.

Semalam gua ada baca blog BroFramestone,menceritakan yang dia menjawab persoalan yang ditujukan oleh IzamirRidzwan,tentang ketegaran seorang blogger.Sejauh mana hebatnya kerja seorang blogger dan betapa usahanya seorang blogger mencari rezeki.

Cerita gua pulak.

Masa
Masa seseorang blogger terhad,dibahagikan antara waktu kerja,waktu belajar dan waktu berblog.Lu jangan kata yang berblog untuk berhibur der.Nak menulis ni bekerja jugak,perah otak bai.Bukan perah susu,perah susu boleh la enjoy.Gua gunakan masa lapang gua untuk menulis.Time ponteng kelas,gua menulis.Time rehat 1jam,gua mencari idea.Time selepas riadah petang gua menulis.Malam sebelum tidur gua pun menulis.Bila nak belajar?Belajar time kelas kan dah belajar..palehotak.

Sosial
Sebelum gua jarang berblog,gua selalu la jugak lepak dengan membe,tapi semenjak jadi penagih ni gua dah mula berjauhan,tapi takde la sampai gua lupa membe,time membe ajak kelaut,gua follow.Time diorang tido,gua barula start berblog.Dan nak cakap pasal rakan dunia alam maya,sekadar kenal-kenal macam tu je.Takde la rapat sangat,tapi semenjak gua berblog,gua semakin rapat dengan IezQis dan Apel.Tu rakan dunia realiti gua dan alam maya.Membe blogger lain gua tak pernah gua kenal muka-to-muka.Sebab gua tak pernah join gathering.

Psikologi 
Gua mengaku yang gua dulu pernah tulis entry time gua marah dan geram,effectnya,entry itu hancur dan nampak sangat gua ni buruk,memang gua buruk,peduli ape.kahkahkah.Tapi buruk di depan anak-anak gua nanti,tak boleh jadi role model untuk anak-anak gua nanti.Tak pasal-pasal nanti bini gua jadi role model anak gua.Gua tak mahu sebegitu.

Kewangan
Kewangan?setakat ni belum sampai lagi cek yang gua mintak kat nuffnang,baru sikit dah nak keluarkan,nampak sangat gua ni boros nak mampus.Tapi kita boleh nampak di situ,kita menulis dan mendapat habuan.Bukan sekadar menulis benda-benda kosong.Benda-benda tak berfaedah kalau dijadikan bahan tulisan memang tak boleh dipakai.Benda-benda kosong contohnya cerita hari ini pergi makan dengan makwe,makwe belanja aiskrim,auw sukanye!

Haha..kalau gua sebagai penulis tegar,macam tula gua,hidup lu gua mana tahu,gua hanya tahu sebaik saja lu cerita kat blog lu.Ada bran?


2 comments

Staff said...

Kalau Bro tubuh persatuan, gua nak jadi ahli majlis. Keh keh keh.

Salam Perkenalan Bro.

Sembang Kemas said...

lu nak gua jadi ayahanda ke?

Powered by Blogger.