Sunday, May 22

Kawen Membe

Semenjak gua balik kampung ni,gua dengar ura-ura ramai membe rapat dan membe tak rapat gua,dah nak kawen.Tapi di sebalik perkahwinan mereka,tersembunyi seribu makna.Ada yang nak kahwin dengan warden asrama sekolah rendah,ada yang nak bertunang dengan awek indon dia.Yang ni bukan sebarangan awek indon,tapi awek indon cun,budak Jakarta.

Gua tak boleh cakap lebih,nanti membe gua charge gua ni syok kat awek dia.Dan ada jugak classmate gua akan kawen bulan ni,kat Ganu,gua rasa gua tak dapat hadir,takde transport,membe yang lalu depan umah gua tu pun bukan nak ambik gua pun.Celaka.

Ada lagi sorang membe gua,budak kampung masuk kL,sudah bertunang secara sembunyi,tidak diceritakan pada gua dan membe-membe yang lain.Lagi sorang celaka.

Tapi gua kesian kat membe gua yang nak bertunang dengan makwe indon dia,bukan ape,mak awek tersebut sudah berkali-kali tanya pada membe gua,bila nak kawen bila nak kawen.Gua rasa satu hari nanti membe gua tensen,konfem membe gua tuh bunuh mak awek dia.

Cara makcik tu,menampakkan yang dia seorang ibu yang tidak bertanggungjawab.Kenapa?
Sekadar nak lepas tangan,macam jual anak pulak,dia tak fikir yang membe gua tu tidak berduit dan gaji cukup makan bujang.

Tapi silap membe gua jugak,kerja ntahapeape kat kL,nak simpan duit buat kahwin.buat beli kereta.buat beli motor.Ntah,gua tak tahu mana satu dia nak.Tak mungkin dapat ketiga-tiga sekali.

Gua tertanya,apa lu buat dengan sijil lu der?Sijil kulinari yang lu bangga sangat tu?Apsal tak kerja hotel pulak?

Kalau nak kahwin,nak duduk mana?Takkan nak merempat dengan keluarga si perempuan?

Dah kahwin,tapi transport takda,macam mana nak bawak bini pegi klinik kalau bini  mengandung?

Kalau duit sekadar cukup-cukup makan nak buat hantaran kahwin,lepas nih nak bagi bini makan ape?
Kalau bini lembu,sekadar rumput dah cukup.Tapi tidak,bini seorang manusia,ingat tu.

Ini semua dipanggil krisis sebelum kahwin,banyak masalah.
Tamat cerita beliau,sang sahabat.

Yang kedua nih pulak membe gua yang melekat dekat kampung.Dengar cerita nak kawen bulan 5 ni jugak,tapi mak gua kata dah tunda bulan 12.Ntah gua tak tahu ape masalah.

Yang ni nak kahwin dengan penyelia asrama,perempuan,tapi lagi tua dari dia.Itu gua tidak kisah,yang gua kisah,dah nak kahwin tapi tak penah pun bagitau pun gua bila,dimana,bagaimana,however.
Puih puih,gua tau la lu ni seorang membe yang suka menyimpan rahsia,tapi jangan la sampai lu kahwin pun nak rahsia,yang kat ranjang tuh barulah perlu dirahsiakan.

Dah,gua taknak cakap banyak,kang gua merepek.

So,kepada membe gua yang kat Ganu tuh,gua ucapkan selamat pengantin baru,moga ke anak cucu,dapat anak bagi nama SembangKemas.Baru ngancam.


p/s:kepada membe gua yang akan pegi Ganu tuh,
singgah ambik gua,
kalau lu pegi senyap-senyap memang gua sumpah lu semua jadi volkswagen kuning.
kah3.


9 comments:

mcm ni lah said...

kim salam kat pengantin baru

Sembang Kemas said...

waalaikumusalam.kah3.

kalau gua pegi gua kim salam.

AesyaZealous said...

lu bile nak kawen

Sembang Kemas said...

gua?

apsal?lu nak kawen ngan gua?

nanti la gua jawab next entry.kah3

Dayana Nasir said...

yang nak kawen dengan warden asrama tu aku tau. tapi yang nak kawen dengan minah indon cun dan budak kampung masuk kl yang bertunang senyap2 tu sape????

Sembang Kemas said...

@Dayana Nasir

dye,ko knal endek kan?

ngan kery..
kery kawen budak indon.

endek dah tunang.

Dayana Nasir said...

endek? erm macam tak kenal. budak sek kita?

laaa..kery ke? jap. kery kelas kita kan?

Sembang Kemas said...

@Dayana Nasir

budak sek kita,tapi muda kita setahun.

aku rasa ko mungkin kenal kalau ko tengok.

kery kelas sebelah la.

Dayana Nasir said...

haha. waktu aku baca kery, aku dah terbayang muka kery kelas sebelah tu. tapi saja nak tanye budak kelas kita ke. haha.