Header Ads


Rintihan Sembang Kemas

"Oh MOM!"

Haiya,ini minggu gua harus dan wajib jumpa my MOM dan MOM yang lagi satu.Ape?
Hotak lu,bapak gua tak kawen dua ok.Kawen satu jela,mak gua cina,gua pun terpikir ape la bapak gua guna ayat nak pikat amoi a.k.a mak gua macam ni.Kan?

Pasal MOM yang lagi satu tu ape?Yang itu mak angkat gua,tapi hanya sekadar untuk sem ni jela,sebab ade program macam mentor mentee tuh,disuruh gua ambik subjek MOM nih.Iaitu Mechanic of Material.

Dah dah,gua tak cite pasal ibu angkat gua tuh,sebab dia jahat,selalu buli gua,gua terpaksa jadi cinderella walaupun gua lelaki berketak-ketak.Gua nak cerita pasal mak gua,sempena Hari Ibu kan?Lu semua sudah tulis entry hari ibu?Mesti dah kan?Gua je yang lembab.

Ibu,engkaulah permata hatiku,kau suluh diriku dengan lampu minyak tanah di bawah sinaran cahaya bulan purnama.

Ehem,gua sayang mak gua.Sebabnya,bila gua takde duit,mesti gua call mak gua,bila gua sakit,gua bagitau mak gua.Tak pernah gua bagitau bapak gua,sebab...sebab bapak gua takde henfon.Bagus kan?Hindarkan bapak gua dari kawen dua,mana tau dah pandai guna henfon nanti mesej awek laen pulak kan?

Bapak,gua gurau je,jangan lempang gua.Gua pun sayang lu bapak.Gua taknak tunggu Hari Bapa,sebab hari-hari hari bapa bagi gua dan juga hari ibu jugak.Sampai gua mati.

Nak tahu macam mana bila gua rindu mak gua?Gua akan pasang lagu Rod Steward kat mp3 gua,sebab mak gua suka lagu beliau,selepas je gua tahu lagu kegemaran mak gua,terus gua download banyak-banyak,tak kisah la sedap ke tak,tapi ternyata semua sedap.enak.tapi takboleh dimakan ketika lapar.

Bila gua sengkek takde duit,mula la berjinak-jinak dengan mak gua,buat muka seposen,dapat seposen,buat muka seratus dapat seratus.Mak gua tetap akan tunaikan ape yang gua mintak.So,gua berharap pada diri gua supaya bila dah besar dah kaya raya,jangan lupa balik raya kat kampung.Jangan hantar mak kat umah orang tua-tua,kalau boleh biar gua jaga mak gua,kalau bini gua tak bagi,seriously gua tempeleng bini gua.

Erk...jangan ada yang nak cancel kahwin dengan gua pulak lepas nih.

Gua berjanji.Akan jaga mak gua seperti menjaga diri sendiri,lebih sayangkan ibu dari bini sendiri.Syurga di bawah tapak kaki ibu kan?So?Bini kena ikut perintah suami,kalau taknak ikut,berdosa tau.So kepada perempuan,beringat,taat pada suami ye?Gerenti nanti anak-anak lu da besar,anak lu akan hormat lu sebagai ibu yang penyayang dan ibu yang berhati mulia.Ini sebab diorang tengok anda semua taat pada suami.kan?Jangan menjatuhkan air muka suami di depan anak-anak.

Gua rasa gua sayang mak gua sebab mak gua hormat bapak gua.Mak,walaupun gua pernah berkasar bergaduh mulut pokpekpokpek dengan mak,gua takkan berani angkat tangan semata-mata nak pukul mak.

Maafkan APU kalau ada silap dan salah,terkasar bahasa,tertengking dan berdegil.

I love You Mom!

2 comments

Izyan Balqis said...

love you two!!

hakhakhak~~

memain je...siyes bagus ko niH~ huhuhu~

salute!

Anonymous said...

selamat hari ibu..=) takut ku nak khawin gn mu sebab kuat tempeleng..hakhakhak..singgah and follow u..=)

Powered by Blogger.