Header Ads


Bersih

Kali ni gua guna aku.Sebab berunsur lucah politik sikit.sikit je boleh?
Sebenarnya aku tak suka sangat politik,walaupun lecturer aku cakap politik tu bagus.Memang bagus,tanpa pembangkang,kerajaan takkan sedar.Kan?

Cerita pasal bersih , aku ada bukak satu blog,mengatakan dia setuju dengan demo bersih.Aku?Aku rasa aku taknak campur.Bukan bermaksud aku diam aku membiarkan kekecohan berlaku.Tapi aku berdiam kerana aku benci politik.Sebab kau sendiri tahu demonstrasi bersih bertopengkan politik.Talam dua muka.

Tuntutan bersih.

  1. Bersihkan senarai undi.
  2. Mereformasikan undi pos.
  3. Guna dakwat kekal.
  4. Akses media yang adil dan bebas.
  5. Tempoh kempen minima 21 hari.
  6. Kukuhkan institusi awam.
  7. Hentikan rasuah.
  8. Hentikan politik kotor.
Tapi kau rasa adakah semua tuntutan ni betul?Aku rasa,ia sekadar topeng untuk menutup perkara sebenar.Itu yang kita tak tahu ape yang mereka mahu.

Kau rasa semasa demo nanti,mereka sekadar nak kan benda-benda di atas?Tidak.Ada agenda lain.Ada.Pasti.

Dakwat kekal?Selama ni tak kekal ke dakwat yang digunakan?Mungkin sebelum ini SPRM guna pen magic kot.Macam pen magic dalam senario the movie tu.kot.Lepas ni nak guna pen macam mana?Bagitahu sikit.

Media?Aku rasa media menyibuk je semasa mengundi.Mengganggu ketenteraman si pengundi.Nak tanda kerajaan atau pembangkang?Media boleh mencelarukan pemikiran pengundi.HAHA.Mungkin.Media adil?Tak perlu media,lagi adil.

Berkempen selama 21 hari sahaja.Berkempen tak perlu lama aku rasa.Kalau aku,aku bagi tempoh seminggu je.Tak pun 3 hari dah cukup.Baru la minda pengundi tak ternganggu kan?Boleh mengundi sesiapa yang disukai.Tak perlu disuap baru nak mengundi.Kalau 21 hari tu,gua rasa suap suap suap selama 21 hari,then minda pengundi terus berubah.Mungkin dari baik ke jahat?Mana tau kan?

Perkara 6,7,8 tu,aku rasa tak perlu kot.Nak tuntut ape lagi,rasuah?Politik kotor?Rasuah tak boleh dibendung,sebab zaman sekarang,kalau ada sen baru boleh jalan.Kan?Seperti penerangan aku di atas,berkait rapat,21 hari dirasuah.

Politik kotor..bersih mana pun politik dikau.Aku bukan nak sokong kerajaan.Juga tidak sokong pembangkang.Tapi aku sokong apa yang boleh bagi aku kehidupan.Kalau sekadar cakap kosong,aku rasa aku nak pindah negara.Sembang kemassss....

Bila saja demo berlaku,kesian kat peniaga.Kesian kat pelancong.Pelancong penting,kalau tak,Malaysia ni tak kemana.Orang tak kenal.Kalau kau rosakkan rezeki si peniaga,aku yakin satu hari nanti pintu rezeki kau pula akan ditutup.Yang atas lagi maha adil kan?

Lagi satu,kesian kat aku.Bingit telinga aku dengar berita pasal demo ni.Kau tak rasa amerika akan serang Malaysia time demo ni?Sekali semua mati kena bom.Malaysia diijajah.Malaysian semua menjadi hamba abdi.Malaysia ditukar nama kembali kepada Tanah Melayu.Sejarah berpusing kembali.Aku terpaksa menjadi tali barut Amerika.HAHAHA.

5 comments

Fira hilwa said...

sme, aku pn xminat politik.
lenkali aku nk undi parti BEBAS je. sng. sbb konfem2 diorang xmenang & xperlu nk mjwb dpn Tuhan nti knp kte pilih si polan yg mng tu sdgkn dia xpnh blaku adil pd dri sdri, Tuhan & rakyat dia.

aQi + GenGkey said...

yG p demonstrasi t org2 suruhan yG tataw sbnrnya ade agenda tersembunyi..
diorg cume jd boneka ahli politik je..
mne2 pun same je..
krajaan ke pembangkang ke..
ble dh b'kuasa konsep pemerintahan xkn lari jauh punya..
cume jd smakin baek or smakin teruk je..

apelyna said...

aku tak paham gila bersih tu hape..huuu

Fyqa said...

tkot la skng ni

"-.-

Sembang Kemas said...

jom bersihkan longkang kat blog gua ni orait kan?

Powered by Blogger.