Header Ads


Blogger Adalah Pengedar Dadah

"Blogger Adalah Pengedar Dadah."

Statement berani mati gua,blogger pengedar dadah,tapi dadah di sini bermaksud najis.Najis-najis jenis multimedia dan juga berita-berita najis.
Wow,jangan sebab statement gua di atas,ramai blogger angkat middle finger kat gua.Gua belum habis cakap.Blogger bukan saja mengedar dadah,tetapi tetap mengedar barang-barang berharga.Contohnya berita,isu terkini,dan idea baru yang orang lain tidak fikirkan.

Tapi kali ini gua nak kisahkan tentang dadah ni okay.

Jika dulu sebelum gua bergelar blogger,gua memang pengedar.Pengedar barang-barang rare,yang orang takde gua ada.Contoh seperti video 3gp melayu.Biasa la tu.Yang lagi hebat HD movie punya.
Tapi sekarang setelah bergelar blogger,gua juga mengedar najis seperti ini,tetapi dalam bentuk lain contohnya isu semasa yang gua rasa tak perlu nak heboh kat awam.

Contoh,sekarang gua sedang mengedar video panas arahan Gambit,hero Xmen.Mengedar video ini sama ertinya gua mengedar dadah.Sama juga kepada lu orang kan?So,gua telah publish satu video yang panas,mengakibatkan ramai budak-budak tengok dan mungkin mengganggu psikologi mereka dengan satu kenyataan bahawa apabila seseorang itu bergelar artis,dia layak memegang wanita/lelaki yang bukan muhrim nya.Tak gitu?

Contoh kedua,pengedaran video seks yang dikaitkan dengan pemimpin PKR.Yang ini gua tak edar ye?Media  hiburan pun ada edar benda alah ni,gua pernah tengok tapi gua taknak berkata apa-apa.Sebab gua hanya nak tahu kesudahannya saja,kesimpulan tidak boleh dibuat setakat ini.Tetapi sebab apa perlu dipublish di awam?Sekali lagi,video ini juga telah merosakkan minda anak-anak muda.Kisah kelambu pun nak ketengahkan ke awam?

Lagi,cerita lama yang baru dihebohkan.Mereka yang menyebarkan cerita ini memang pengedar dadah,kenapa?Sebab,buat apa lu semua kecoh-kecoh minah ni takda dara? Lu ni wartawan wannabe ke?Sekaligus lu telah tambah dosa lu,bukan sedikit,gua rasa banyak juga,lihat saja pada komen di blog dia,gua rasa mencecah 800++ komen.Sekadar nak ceramah?Budak budak baru ups mana makan nasihat der.Tunggu dia dah besar nanti dia sendiri paham.Macam gua jugak,dulu kecik-kecik gua perangai jahanam,tapi dah besar boleh la sikit-sikit ke arah kebaikan.Bukan nak cakap gua baik,gua mengaku gua jahat gila nak mampos.

Sebenarnya banyak lagi cerita najis macam ni yang tak membawa faedah yang disebarkan melalui blog-blog.Zaman sekarang ramai dah yang berblog,tak semena-mena ramai yang sudah tahu pekong di dada seseorang itu.Mungkin dia sudah insaf kita mana tahu.Itu dosa mereka dengan Allah.Kita tiada hak untuk marah-marah dengan mereka dan kononnya tidak mahu memaafkan mereka.Melainkan dia dah kasi flying kick kat lu,baru la lu perlu angin sedikit.

Jadi,gua sarankan la..Lepas ni tak perlu la nak kecoh-kecoh pasal orang itu buat ini orang itu buat itu.Biarkan mereka,kadang-kadang diam diri lagi bagus dari potpetpotpet kan?
Kurangkan penulisan pasal benda benda alah macam ni,banyakkan penulisan pasal perkara berfaedah,yang membolehkan lu semua membuka minda untuk terus ke depan.Dan seimbangkan dunia dan akhirat.

p/s:Gua cakap macam Ustaz,padahal gua adalah pengedar dadah.
lagi satu,gua bukan orang baik-baik,jadi maafkan gua kalau gua ada salah cakap.

2 comments

Anyyss Shuhaimi said...

okey..ngerti2..mula2 wa blur gak baca..2-3 kali ulang..

Sembang Kemas said...

mungkin pont gua tunggang terbalik,faham kan penggunaan perkataan dadah dalam kontent gua tu kan?

Powered by Blogger.