Header Ads


Budak Alaf Baru

Di dunia ni ada macam-macam perangai manusia,tak kisah la yang gemok,kurus keding,semua ada perangai buruk dan pernah melakukan kesilapan.Manusia tiada yang perfect,sekadar jadi prefect kat sekolah rendah ada la,tapi perangai tetap macam hantu.Lagi-lagi budak zaman alaf baru,orang kata budak millenium,bukan budak aluminium.Budak zaman ini kebanyakannya terpengaruh dari hiburan di internet,yela dunia di hujung jari anda kan?Klik dan lihat,mudah.

Kalau dulu,tersebar cerita budak sekolah yang belum baligh mengutuk pemergian Din Beramboi,tak silap gua nama budak tu Rafiqin Darwisy.Perh gua hafal ejaan dia,ini bermakna gua mengambil berat tentang budak ini.
Sebab apa mengambil berat?Sebab nanti gua dah tua,mana tahu dia yang jadi PM Malaysia.So kita kena corak budak-budak seperti ini.Kalau nak bukak cerita budak ni,nanti ada pulak yang cakap "alah cerita lama la".Iya memang cerita lama,tapi berdasarkan cerita lama kita jadikan pengajaran.Kadang-kadang terfikir jugak gua,mana budak ni sekarang kan?

Itu cerita tahun lepas...

Tahun ini pulak,tergempar la cerita pasal seorang budak diberi nickname Adinda Evans.Gua rasa minah ni sekadar femes di kalangan blogger je.Serius.Sebab ramai budak kampung gua tidak tahu akan berita ini.Tapi buat apa nak heboh-heboh kan?Kalau gua cerita kat membe gua,gua dah dapat tahu reaksi dia.Dia gerenti akan cakap,"wei kat kampung ni lagi ramai yang tak dara,lu ada kesah ke?" So,gua ambil inisiatif untuk mendiamkan diri.Biar gua saje yang tahu.Buat apa heboh sama orang,tak ke nanti dosa lu bertimbun kan?Gua cerita kat lu sebab lu orang semua dah tahu cerita ini.

Dan kita jangan lupa untuk memaafkan mereka sekiranya mereka sudah menyesal dan bertaubat nasuha.Jangan ada yang konon konon nya KL gengster,tidak mahu memaafkan dia.

Satu hari nanti jika mereka sudah insaf,mungkin mereka lebih baik dari kita.Sebab mereka pernah melakukan kesilapan yang sangat besar.Kita ni yang selalu melakukan kesilapan kecil selalu alpa,kerana kesilapan itu terlalu kecil.Dibuat hari hari akan menjadi bukit dosa.

So,gua sebagai sahabat dan saudara.Ingin meminta maaf jika gua pernah tersalah kata.Dan kadang-kadang gua ego untuk tidak mengaku salah.Sebenarnya gua pun ada banyak salah.Lagi-lagi setelah masuk dunia blog ni.Lu tak rasa macam tu?

4 comments

aQi + GenGkey said...

haha..
ramainye org b'sembang psl adinda evans ni..
kalo tgk btol2 tarikh die post entri tu taun lpas kot..
knape bru skarang org kecoh bagai..
manusia..manusia..:D

Sembang Kemas said...

orang kecoh sebab baru jumpa,memang abis la kecoh,lagi-lagi orang yang 1st sebar cerita tu.

rafiqin punye cerita apa macam?

Fyqa said...

ini la life human being

:P

Sembang Kemas said...

haha,hidup semua macam tu.

Powered by Blogger.