Header Ads


Mindset Melayu Mundur

Alah biasa la,melayu muda alpa,melayu mudah lupa.Itu yang selalu gua dengar orang cakap.Tapi hari ni gua nak cakap pasal mindset orang melayu.Orang melayu mudah fikir pendek dalam melakukan sesuatu perkara ataupun jika memikirkan sesuatu.Cukup mudah untuk mereka membuat kesimpuan awal tanpa soal siasat dan tanpa fakta yang kukuh.

Selalunya kalau dalam sains,orang panggil hipotesis,kadang-kadang ada betulnya dan kadang-kadang ada tak betulnya.Tapi kebanyakan hipotesis ni tak betul.Lain la kalau dalam buku sains form3 dulu.Main hentam je ikut buku.Gua mana pandai nak buat eksperimen sendiri.

Senang kalau gua beri contoh kan?Contohnya la,kalau dalam alam blog ni la,kita boleh nampak dari blog seseorang itu,jika dengan melihat bilangan followers,terus kita buat kesimpulan bahawa "oh dia ni newbie,followers seciput je." See?Selalunya gua tengok benda ni berlaku pada orang melayu je.Pastu mula menyebarkan mindset seperti ini untuk mempengaruhi minda orang melayu lain.Apsal melayu?Kaum lain macam mana?

Yang gua tahu orang cina dan india tidak cepat melatah.Maksud gua tidak melatah di sini adalah tidak terpedaya dengan kata-kata yang tidak cukup syarat atau bukti.Mereka lebih percayakan sesuatu perkara yang 100% ada bukti.Macam aunty gua yang berketurunan cina,dia tidak mudah percaya kalau ada gosip-gosip cerita pasal jiran sebelah main kayu tiga apakejadah.

Memandangkan gua kerja pasaraya jadi gua nak kasi lagi satu contoh bila orang melayu mula bershopping barang runcit ataupun barang-barang makeup sekalipun.Sebelum gua cerita lebih lanjut,gua rasa orang melayu memang dikategorikan sebagai kaum yang bershopping tak ingat dunia kalau ada jualan murah.Mungkin kaum lain begitu juga.Tapi kita fokus pada kaum kita sendiri,supaya kita sedar.Jangan pikir pasal orang lain.

Contoh lah,kat suatu pasaraya,ada jual barang takde la murah mana pun.Setakat bermain dengan number..harga telur satu sarang contohnya RM10.00,lalu budak pekerja pasaraya menulis dengan harga RM9.99.Dengan itu,orang kita akan mula berfikiran pendek dengan berkata wah murah,sembilan ringgit je.Kedai lain sepuluh ringgit.

Benda ni gua dah test,kat diri gua.Gua yang berfikir macam tu,gua rasa orang lain pun akan fikir benda yang sama.Banyak barang gua dah test,yang harga RM0.99 ni.Tiap kali gua tengok mesti rasa murah.

Ada sekali makcik tu tengok harga seperti di atas,lalu dari  mulutnya terpacul "Oh murahnya dari TunasManja".Ya.Itu minda melayu.

Kaum lain?Entah,gua sekadar nak mengingati sesama melayu je,jangan la selalu taksub sangat dengan ///.Maaf,gua bukan ///.

11 comments

aQi + GenGkey said...

mentaliti masing2 yG x pnh berubah tu bro...
kalo mentaliti kte ubah mmg xdela bnde2 camni terjadi..:D

Ibu Ammar said...

mind set yang telah dikelirukann. aku sendiri mengaku kalau berduit mmg akan shoppink tak hengat. bila dah sesak baru teringat apa banyak sangat aku belanja yang bukan2. huahuahua.

Izyan Balqis said...

sempoi giler blog ko skrg~~~ rndu aku x? hahahaha

Haikal Blank said...

hahaha mindset memang dah jadi bangang. aku punta k tahu mana silapnya. makin ramai dah benak kepalanya.


hehe bila nak join \\\? hujung tahun jom. HAHAHA

perempuan said...

camna ea kalau india dan cina melatah?

Sembang Kemas said...

aQi:sebab dari kecik dah dididik macam tu.contohnya dari kecik dah diajar apa itu momok,so dah besar nanti mindset terus berkata momok itu membunuh.kan?

Sembang Kemas said...

alexandriaalia:ahha,gua pun macam tu,dalam sebulan kejap je abes 1k

Sembang Kemas said...

IQ:weh rindu rindu la kat ko.gedik gile aku.haha

Sembang Kemas said...

haikal:weh taknak taknak taknak taknak masuk ///.gua rasa gampang benda tu.

Sembang Kemas said...

perempuan:nak tahu sebab apa gua cakap cina dan india tak melatah?

sebab gua tak faham diorang cakap,so taktahu la diorang melatah ke tak.haha

apelyna said...

haha. org elayu suke jimat sbb tu suke jualan murah..haha

ala, kadang2 faktor kehidupan pengaruh mindset jugak. cuba pegi perumahan org kaya2. mane kisah 9.99 ni. .org cina pun rmi je ske bli brg murah, sipa bwk bakul sndiri gi giant. haha. .org india beli kedai mamak sudah, lg jimat. haha

*teori apel

Powered by Blogger.