Virus-Virus Yang Dihadapi
Entry kali ini berunsur personal,kalau tak suka baca,lu skip je entry ini,sebab gua rasa lu semua takkan suka apa yang gua tulis kali ini.Barangkali akan muntah darah,serius,gua tak tipu.
Macam-macam jenis virus ada kat dalam dunia,termasuk alam maya ni,bukan saja worm,malware,kuda trojan.
Gua try google translate,ape itu trojan,takde maksud,dia tak blaja lagi la tu kat sekolah.Takpun exam BI dia fail dan ditendang dari sekolah.
Tapi gua bukan nak cerita pasal virus yang merosakkan gadget.Gua nak cerita pasal virus yang ada pada diri gua,virus ni maybe ada dekat badan orang lain jugak,bukan gua sorang je.Virus yang menyebabkan seseorang itu addict gile babi dekat facebook dan blog.
Sebelum tu,gua nak cerita kat lu semua pasal asal usul nya perkataan virus,
Dulu-dulu ada seorang pakwe bernama Fairus,handsetnya tiba-tiba terpadam dan tidak boleh on.Lalu dia meminjam handset gua lalu taip mesej kepada awek dia.Kemungkinan terkena virus.
"Handset abg kena fairus la"
Awek dia terpinga-pinga,memikirkan mungkin pakwenya seorang gay.
Lalu mereka berdua terus bergaduh disebabkan benda tu.
Bangang ke tak?
Ok cukup dengan sedikit santapan pemanas badan,nak tahu?Gua gelak besar.Kejam kan?
Ok teruskan.
Virus-virus yang gua hadapi,macam virus facebook,itu gua dah taknak cerita,sebab dah ramai yang bercerita virus ini boleh buat orang jadi gila.
Virus ini boleh buat orang single menjadi couple.
Virus ini juga menyebabkan yang triple menjadi quadraple.
Yang double pulak tiba-tiba single.
Punca utama,facebook.
Virus.Akibat tergedik sangat berfacebook.
Gua pun hadapi virus ni,tapi gua dapat effect positif,dari 1 kepada banyak.Awek?Bukan,dari 1 kawan kepada ramai kawan.Kalau nak jumpa gua perlu buat appointment.
Tapi ada dua virus yang gua hadapi setelah berkecimpung dalam arena facebook,yang pertama virus gerenti.
Tiap kali gua menaip,gua akan menulis gerenti-gerenti-gerenti-gerenti,tak henti henti,percayalah.Satu habit yang membuatkan gua tampak yakin selalu.Nampak terlalu yakin juga satu kesilapan,nampak macam #kakikencing,kan?
Virus yang kedua adalah virus awesome,gejala virus ini baru di tahap normal,baru 2 hari terjadi.Sikit-sikit awesome,macam la gua ni awesome sangat kan?Serius gua tak awesome dan tak ensome.
Virus awesome,punca dia gua dapat dari si FaghahDafghi.Dia yang mulakan dulu.Tapi bagus juga,semakin hari semakin suka perkataan ini.Thanks to her.
Maafkan gua kalau penulisan gua kali ni bersifat melulu dan ntahapeape,boleh dikategorikan sebagai entry Taik ye.Cuba untuk tidak bersifat ganas dalam entry kali ini.Mahu menampakkan yang gua bukan brader 3-line,dalam hati gua jugak ada taman.
So,sebagai penutup,semakin hari semakin baik,bermakna,hari esok lebih baik dari hari ini.Tapi dalam baik itu tersembunyi semua muslihat kebaikan yang kita dapat.Mungkin ada kebaikan yang dibuat-buat,supaya dapat menutup kejahatan tersebut.Mungkin esok makin ramai yang suka gua dan blog gua,takpun mungkin ada yang terpaksa suka.Gua tidak kisah,kalau lu nak benci gua pun gua tak kisah jugak,tak effect ape-ape pun.Sebab gua bukan artis.Mungkin lepas ni gua perlu awesome kan diri gua.
p/s:Kadang-kadang nak jugak gua buat entry jenis taman-taman ni.
6 comments
patut la sehari dua nie asyik men-o-sem jer kejenyer.. Virus rupanya
kalau gua tiru...
gerenti awesome tak?... =p
virus main o som.ak dah tak tahan
along:haha,bijak btol ko sambung ayat gua,kah3
aku kembali! eceh~
haha,ko tiba2 kluar dari kandang ek?haha
Post a Comment