Monday, July 25

Kapel Dengan Pakwe Kurang Hensem?

Wah,sedap betul si perempuan itu punya ayat...

Time ni gua masih bersekolah dan berhingus,tapi gua masih boleh berfikir secara rasional.

Agak-agak time ni form 4 kot,ada la sorang minah ni borak-borak dengan membe dia.Gua lalu sebelah,terdengar je.

Minah A : Eh aku dengar si Putri Gunung Ledang tu dah kapel la weh.Aku ingatkan dia tu kuno tak geti kapel.
Minah B : Oh,Putri tu dia kapel dengan si Mamat anak Pak Mat kampung Pening Lalat.Kenapa?
Minah A : Emmm,apehal dia kapel dengan Mamat yang tak hensem tu?Dah desperate sangat ke?Dah takde yang lain yang lebih hensem?Yela dia kan cantik,kaki panjang,badan slim,muka market.Tapi apsal hah?
Minah B : Mungkin si Mamat tu guna ilmu guna-guna kot kat Putri.
Minah A : Mungkin jugak.

Tiba-tiba...Minah C lalu.

Dan dia terdengar perbualan terakhir antara A dan B.Dialog "Mungkin si Mamat tu guna ilmu guna-guna kot kat Putri"

Lu tengok sendiri,dari dialog gua tu,mereka mula bergosip.Bergosip sehingga menimbulkan satu fitnah.Siapa tahu si C ni pulak kaki kepoh.Gerenti berita tersebar luas sehingga cikgu dan pengetua pun tahu akan hal demikian.Lalu orang akan mula pandang Mamat dengan pandangan yang tajam.Walaupun dia bermuka kurang hensem,tetapi siapa tahu hatinya baik putih suci bak kain yang belum di coret lagi.

Ewah.

Selalunya,orang akan pandang senteng pada perempuan tu jika dia berkapel dengan seorang lelaki yang kurang hensem.Siapa tahu si Putri kapel dengan Mamat kerana hati budi Mamat yang baik hati dan ikhlas berkawan bukan kerana cinta ke arah zina.

Orang selalu bergosip jika seorang perempuan cantik berkapel dengan lelaki kurang hensem.Ada yang kata,ntahapeape bila berkapel dengan yang kurang hensem ni.

Ada jugak yang rasakan dirinya lawa gila babi seperti khinzir,akan berkata ayat yang kurang sopan.

"kapel dengan lelaki tak hensem?ape klass?"

Dia terlalu bengong sampaikan eja class pun salah.Padan muka kena dengan gua.Perempuan yang macam ni selalunya akan dapat laki yang kurang hensem dan akan mula rasa,kenapa aku cakap macam tu dulu?

Bila dah terkena batang hidung sendiri,barula nak insaf.Dah basah kuyup baru nak pakai umbrella.Ella ella ella.

Chalo.

12 comments:

CIK CHIPSMORE said...

lol..zaman skang nie..owg pandang hati ler..hensom2 nie kene tolak tepi..t tua kerepot gak..tp hati mane leh beruubah...huhuh...lebih2 zaman skang nie..owg yg cntik n hensom banyk yg not good ler..huhuh...

perempuan said...

pakwe aku tak hensem, rilek je.

sebab kami cool bersama. haha.

aiman said...

haha.. jgn pandang rupa.

Fathiah Hamim said...

suka sangat benda nehhh. don't judge a book by it's cover please!

kekadang dapat boipren market neh payah, sebab mamat tuh tau dia disukai ramai, so kalo break pun, petik jari 10 datang tau. =P

haikalblank said...

aku tak hensem. itu je.

HAHA

C i k P i p i T e m b a m said...

HAHA ! penahh gak la ade org mngata i dulu . tp tgok betul2 please . jodoh pertemuan apa2 pun tuhan dh tentukan . please lah . yg mngutuk tu xsedar diri . haha .

tia @ Ini Kisah Tia said...

dapat pakwe hensem untunglah . heheh :)

~eZmALiZa~ said...

wah3!! dia punye imaginasi taknak tinggi pulak kannn... =))) mmg sembang kemas btol laa...entah bile masa putri gunung ledang kapel dgn mamat tuh? hahaha =D

Dzarief Zuhdi said...

brani kata gua tak dak kelas.. gua ada kelas la beb./.. K1 s1.. brani mai la.. gua kasi sengat skit..haha

aQi + GenGkey said...

hensem x hensem blakang cite..
yG pnting ada $$$ wooo...
tp kalo tgk couple the beauty N the beast mmg gua panas sbb gua xdpt awex cun..
keh3..:D

Gadis Pantai Timur said...

nak wat pakwe memanglah nak muka hemsen..tapi kalu nak wat laki..muka x hemsen xpe..janji iman tu kena mantap.

Namee Roslan said...

pakwe aku x hensem, boroi, tapi sedikit comel je. :D sudah cukup dengan hati yang baik. keh keh. org nak kutuk apa..kutuk lah