Friday, July 15

Lagi Cerita Boss

Semalam punya cerita,lagi cerita boss gua.Gua kerja macam biasa,kerja kerja kerja.Dia macam biasa pasang mp3 dia.Gua layan.

Tiba-tiba gua tukar mp3 gua.Pada mulanya dia buat bodo je.Tapi gua tengok dia punya muka dah lain.Gua buat biasa.Buat macam mp3 tu dia punya.

Tak lama lepas tu,dia pergi kat DVD tu dia ambik thumbdrive dia,gua ingat dia nak tukar mp3 dia balik,tapi pandangan gua meleset,dia amik thumbdrive terus simpan dalam poket.Budak cashier cakap dia merajuk.Ntah.Boss merajuk?HAHA

Gua gelak besar.

Tapi gua tahu dia simpan dendam kat gua.

Sebab apa gua cakap dia simpan dendam?

Sebabnya,
Baru 3 hari gua pakai cekak,kasi nampak macam awan nano sikit.Hari ke 3 tu ada sorang budak lagi duduk bahagian frozen,dia pun pakai cekak.

Selama 3 hari gua pakai cekak,boss tak tegur pun gua.Tapi lepas budak tu pakai cekak,boss sound budak tu.Dia cakap kat budak tu,

"Saya dapat cekak tu saya patah-patah kan."

Tapi pasal apa dia tak tegur gua?Ntah maybe dia takut sama gua.Tapi gua tahu,dia tak takut sama gua,dia kan boss.

Mungkin selama ni gua baik-baik saja tak buat hal,sebab tu dia hormat gua,gua pun hormat dia.Boss katakan.

Sebab tu gua kata yang dia ni simpan dendam ngan gua,dia tak lepas kat gua tapi lepas kat budak tu.Ntah kenapa..

Gua baru tahu tak boleh pakai cekak kerja kat pasaraya,walaupun pasaraya kecil sekalipun.Demn.Terus gua pakai cekak kat leher je.

9 comments:

C i k P i p i T e m b a m said...

hahaha , boss tu ade hati kot kat u :P

Rafidah Farhana said...

Aku jarang dengar kes bos takut pekerja. Selagi boleh pijak, kasi pijak. Hormat entah ke mana. Aku respek ah dengan ko. Hahaha.

AMMAR YASIR said...

Tak boleh ke pakai cekak? Cekak tu apa ek?hehehehe

Sembang Kemas said...

bos lakki la,haha

Sembang Kemas said...

RF:haha,tak boleh pijak,nanti gaji gua kena pijak ngan dia.

Sembang Kemas said...

RF:haha,tak boleh pijak,nanti gaji gua kena pijak ngan dia.

Sembang Kemas said...

cekak tu skarf,yang orang pakai.tak tahu?haha

search google.haha

Namee Roslan said...

kau kerja kat mana? aku nk pergi cari lelaki pakai cekak. hahah. kau pakai cekak, lembut sikit. ni aku baca blog kau asyik garang2 je. hahah.

Sembang Kemas said...

namee:aku kerja kat pasaraya,pakai cekak kena sound.hehe,aku garang kat blog je,nak lebih garang,pergi blog garang.haha.

depan2 aku bajet ayu.haha