Header Ads


Makwe Demand Adapt Dengan Sikap Pakwe Syaitan.

Selamat.

Ini bukan verita awek demand tinggi-tinggi nak Ipod nak Galaxy Tab,tapi ini pasal awek demand nak pakwe yang macam ni macam tu.Macam ni macam tu yang macam mana tu??

Nak pakwe yang tidak merokok,nak pakwe sikap yang malaikat.Perfect.Nak pakwe yang baik dan kurang sifat syaitan nya.Walaupun sekadar pakwe,bukan nak buat laki.Itu yang perempuan nak.Selalu yang aku jumpa,seorang awek nak pakwenya tidak merokok.Dan kebanyakan laki merokok.

Itu sebelum bercouple.

Tapi setelah bercouple,semua sifat itu si makwe boleh terima.Macam ni la,aku kasi dialog sikit yek.

Minah : Ehm,awak nak ngorat saya ye?

Abu : Yela,takkan nak ngorat mak awak pulak kan kan kan? (sambil menjelirkan lidah gaya anjing)

Minah : oh nak ngorat saya,tapi ada syarat.Awak ni merokok tak?

Abu : Emm,mestila merokok,nape?

Minah : Awak ni merempit tak?

Abu : Emm kadang-kadang saya menang.

Minah : Awak,kalau nak ngorat saya awak kena berhenti semua benda tu.Tak baik tau.Awak ni jahat.Biar saya ubah awak.

Abu : Tak kisah,asalkan saya dapat awak.hikhik.

Konon-kononnya,Abu berhenti merokok,dan sudah tidak merempit.Dan hati Minah sudah terpaut pada Abu.Lalu mereka bercouple.Tapi untuk sementara.Tak lama tu dia merokok dan merempit semula.Tapi tidak pulak si Minah nak memutuskan hubungan dengan Abu kan?

Kiranya si awek sudah adapt dengan si pakwe kan?

Mereka tetap bercouple dan berbahagia.Tapi tidak sampai ke anak cucu.Ini kerana mungkin percintaan mereka hanya separuh jalan dan tidak ada jodoh.Anak tu ada,tapi anak luar nikah.Sudah dibuang.Kejam Abu.

Yang aku nak tekankan kat sini,si makwe sebenarnya sekadar demand sekejap je.Demand tu tetap demand tapi setelah jadi pakwe,segala keinginan itu dibuang.Bukan si lelaki yang menjadi malaikat,tetapi si perempuan yang makin menjadi syaitan.

Dan aku nak tekankan yang sikap itu boleh di adapt dan selalunya orang akan cepat adapt dengan benda atau sesuatu yang mereka sayang.Macam makwe yang sayangkan pakwe sifat macam setan.Walaupun pada mulanya mahu menjadikan si pakwe malaikat,tapi akhirnya terbalik.

So,pada lelaki juga,jika inginkan seorang wanita,cermin diri dulu.Tengok kau tu cukup bagus ke nak jadi teman sehidup dengan si makwe.

Si perempuan pula,janganla pula asyik nak si lelaki yang perfect.Jangan mintak sesuatu yang tidak pasti.Dan pastikan jangan terlalu memilih.Takut jadi andartu je.

Heyhey.Peace.

Adios.


9 comments

K said...

memang selalunya macam tu.

demand macam-macam, padahal dia tak perfect sangat.

last-last, dua-dua hancus.

keh3

A's said...

perghhhh! agak panas gak entri kau ni en?HAHA! mesti lah pompuan nak carik yg elok braderrr..sebab ade ke nak kapel main2?? depends lah kann..nak carik yg 'perfect' tuh sebab nak buat laki lahh..tak kan dah kawin anak tanya, 'ayah mane mak?'..'ayah kau pergi merempit nak'..LOL

Dzarief Zuhdi said...

dalam Quran ada sebut, Lelaki baik untuk pompuan yg baik jer, dan vice versa.. so, carilah yg padan ngan kiter.. haha

NadiRah said...

hahaha!!!
perempuan yg baik utk lelaki yg baik~

Kucing Serius. said...

Yeah. Agree.

Alah,nama pun perempuan. Biasalah. Perempuan memang sinonim dengan perasaan.

Campur pulak dengan sikap lelaki yang macam tu.

fingerkontot. said...

ok la tu kalau pompuan demand laki stop merokok sebab bygkan 2 thn kapel, 2 thn dok sedut asap rokok bf die jadi perokok pasif. daaang! kena kanser dulu before bf dia dapat kanser.

tapi, kalau bab demand sekejap je. aq stuju dengan entry ni.

aishareoils said...

jgn merokok, jgn merempit dan jangan memilih....sekian...haha

Flower Detox Tea said...

perempuan memang demand pun..

NuRuL SyAFiQaH said...

bila hati da syg pape pun da xkisah~
Cam2 la manusia.. hmmm :)

Powered by Blogger.