Selamat Hari Raya Aidilfitri
Harini last puasa,semoga puasa hari ini lebih bermakna dari hari yang lepas.Penutup kenalah cantik jugak.Jangan permulaan je cantik tapi penutupnya sedih.Bukan happy ending.
Apa yang kita nak,happy ending,happy ending mean hari raya.Hari raya mean sembahyang raya,bermaafan,ziarah kubur,ziarah keluarga,main mercun,main guli dan kondakondi.
Ape kaitan antara raya dan main guli?Yela,budak-budak kampung,pergi beraya dapat duit raya beli guli la.Kalau budak bandar,dapat duit raya pergi joli.Kat CC.
Beza kan?Tapi zaman sekarang,budak kampung pun lebih advance dari budak bandar.Biarlah,janji tak buat jahat suda.Gua malas nak bukak topik,takut berjela-jela.
So,maybe malam ni gua akan bertolak ke kampung.Dah lama rasanya tak balik kampung.Bila dah balik kampung,takde wifi,sebab kampung gua duduk dalam hutan.Ingat lagi gua,masa tengah hangat bercinta monyet,nak dapat line talipon kat kampung pun susah.Ada port-port tertentu je baru boleh send SMS.
Jadi,kebarangkalian untuk gua update blog masa raya teramatlah rendah.Gua rasa 0.001% je probability.
Mana tahu sepupu gua ada bawak broadband,mungkin boleh jugak gua pinjam kejap.
Jadi di kesempatan ini,gua nak mintak ampun dan maaf sekiranya gua ada menoreh hati sesiapa yang datang ke blog ini.Gua gurau gurau je kalau gua marah-marah tu.Saja nak kasi up traffic.Kan?
Selamat Hari Raya Aidilfitri Guys!
Jangan lupa pada hari merdeka pulak yea?
Adios.
1 comment
wey, selamat hari raya kalau ada salah silap! :) kau ni raya pun update blog. gila komited :D
Post a Comment