Sunday, August 28

Perempuan Tak Faham Lelaki

Aku nak buat comeback,aku rasa nak kasi pedas ke tak entry ni?Aku rasa kalau nak traffic tinggi mestila kena kasi pedas kan?

Sengat lebih,traffic pun lebih.Aku sebenarnya dalam usaha meningkatkan populariti blog aku,bukan aku nak femes,biar blog aku je yang femes.Sebab takde sape pun kenal aku.Sekadar membe-membe blogger je yang kenal.

Kita teruskan dengan entry untuk hari ini.Bertajuk Perempuan Tak Faham Lelaki.Macam buat persembahan atas pentas la pulak rasa.gugugugup.

Tak faham yang macam mana ni?

Alkisahnya membe aku ada ceritakan masalah dia.Pada mulanya,dia nak sangat ngorat sorang awek ni.Tapi bila dah dapat,dia memang suka kat awek ni,awek ni pulak melampau kongkong dia pulak.Bila dah SMS,tak boleh berhenti.Bila cakap ngantuk nak tido,mula la merajuk.Wei ape ni perempuan?Lelaki nak tido pun tak boleh?Nak kata tak layan,dah berjam-jam cakap talipon dan bila tiba masa si lelaki mengantuk nak tido.Nak tahu ape awek tu cakap?

"Tak boleh."

Kejadahnya.

Ada lagi,waktu kerja juga,membe aku ni mengadu yang awek dia asyik talipon walaupun tahu itu office hour.Awek dia takut dia diculik orang lain.Masalahnya,duduk dalam satu daerah.Rumah dekat-dekat je.Tempat kerja pun tak jauh.Kalau takut sangat pakwe kena rampas,pergi tempat kerja pakwe tu dan intip senyap-senyap.Jangan ganggu si lelaki bila waktu kerja dan waktu tido.

Walaupun si lelaki dah bagi hint supaya jangan ganggu waktu kerja dan waktu tido,tapi si awek tetap tidak mengendahkan hint yang diberi si lelaki.Contoh hint yang diberi,
  • bila si awek tak bagi pakwe dia tido,si pakwe berkeras dan terus tekan button merah.Dan tido.
  • bila si lelaki buat-buat menyampah pada si perempuan.
  • bila si lelaki marah dan tegur dengan elok.

Tetap juga tidak diendahkan.

Akibat perbuatan si perempuan,hati si lelaki mudah tawar pada si perempuan.Lama-lama bila si lelaki dah fed up kaw2 punya,gerenti kena maki,terus putus.Lepas tu si perempuan mula la merayu-rayu.Rayu rayu kononnya dia mengandung,padahal usik pun tak pernah.Cilaka punya taktik.

Jadi,kalau sape-sape yang pernah buat kat pakwe dia macam ni,aku rasa baik kau jangan ketat sangat kawal pakwe ko.Itu baru pakwe,belum lagi laki.Kalau dah kawen nanti aku tak tahu la macam mana.

Mungkin si perempuan tak kasi tido selagi tak layan dia di ranjang mungkin?

kehkehkeh.

Adios.

22 comments:

sergeant keroro said...

hahaha, suka ayat last tu. macam haram kot makwe camtu.

IQ = Iez Qis said...

kadang2 topik ko mmg bagi hot aku gak...

ko pernah tau tak....lelaki sampai kahwin, da beranak pinak, da bercucu pun belum tentu faham seorang perempuan tau?
berbeza dengan perempuan lebih faham lelaki...faham dengan perangai lelaki....

kadang2 lelaki ni tak reti nak faham, kalau da tau salah, tak nak ngaku~~

aku da banyak kali kena, pakwe aku pun ngaku yang dia susah nak faham perempuan ni... aku yang bley faham dia...

kalau ko cakap prempuan tak faham lelaki tu salah, kdang2 perempuan sengaja tak nak faham lelaki...betul ni...sebab aku sendiri buat camtu...

hahahahahaha!!

Sembang Kemas said...

IQ:aku maksudkan perempuan yang menggedik,taknak bagi pakwe dia tido,suh layan dia 24 on the phone?bingai ape?

laki pun nak lepak dengan membe,bukan ngan makwe je,

kalau aku nak pilih antara membe dan makwe,aku pilih membe.

nasib baik awek aku ni faham aku.

AesyaZealous said...

mcm setan ah perempuan camtu.. kalau aku, aku yg nak tido..pastu bf tak kasi. pedulik ape. aku tido. die membebel sorang2 kat tepon.wkakakkaka...

h.a.n.g.g.o.k.b.a.s.i said...

mudah je nk paham laki aku rase.. haha.. jngan paham lebih2.. sikit2 da.. haha. ><

Farida Amira said...

Tak semua perempuan tak faham lelaki dan tak semua perempuan yang faham lelaki :)

dilah_buzz said...

wah.entry best. btul jugak. kdg2 bila ada lelaki yang ok.gurl plak x ok. biasanya mcm tuh. gurl nih terlebih emosi.lelaki nih cool jer. so,kene betul2 memahami keduanya. tp kalau dah jumpa mcm tuh. dan kalau dila lelaki pon tinggalkan. haha. =p

Dzarief Zuhdi said...

terbaik lah sk.. nasib aku tak dak makwe.. haha.. over-gedik=mintak flying kick.. haha

ada mokhtar said...

banyak je buku yang boleh bantu kita nak paham serba sikit pasal perbezaan jantina ni.. rasanya elok cari bahan bacaan macam gitu untuk mudahkan urusan dengan pasangan..

yunZ said...

haha.rasa nak balas balik entri ni..kuang kuang kuang

8btw aku bukan jenis kongkong punya spesis

::aMaD:: said...

ade la jugok betulnye.
aku pun lebey kurang.
kalo awek aku col,mmg ssh nk bg alasan nk matikan fon.kalo tidak merajuk la jawbnye.pastu gaduh.tension2..

ijatkomeng said...

Haha..aku penah maki ex aku acamtu..mang becerai r pastu..padan muke beliau..

IQ = Iez Qis said...

ni untuk ko~~ sorry ek~~ lambat~~ heee~

http://izyan5025.blogspot.com/2011/08/sk-untuk-ape.html

Namee Roslan said...

kau kena faham. perempuan ni manja dan suka perhatian. ceh, haha so bila aku tengok pasangan sebaya ni..laki tak matang n masih nk having fun, so susah sikit ah nk tolerate dgn gf. tp kalau smpai x bg tdo tu..teruk gak ah. tahi.

..cik gugu.. said...

x ckup pedas la.. huhu.

pmpn byk songeh. sekeh je.

Zul Fattah said...

salam ziarah..
selamat hari raya aidil fitri

una din said...

aku ase ko kne dgr pihak si awek tu pulak. kwn ko mst akn cte bnd y bekap dr dia ye dakk. taleh nak slh kn 100% pmpuan tu.

dua2 slh.

lelaki tu sdari awl kapel dah ajr awek ea y dorg xleh berenggang kot.
so awek die pon mcm da tbiasa la kot.

bnd mcm ni sipakwe dgn siawek kne face to face kalo nk setel. kalo bg hint tu mn la nk paham sangat kot awek dia jenis bingai nk paham hint. huuuuuuu

Sembang Kemas said...

una:tak...diorang baru je kapel,dalam seminggu membe aku dah tak tahan dengan sikap perempuan tu.

mungkin lain orang lain cara yang dia suka,semua orang takkan faham diri orang lain la senang cite.

Hamdan Ramli said...

orang buat entri raya lah woi.. hahaha

Sembang Kemas said...

hamdan:haha,ko tak tengok latest blog ni ke?

kah3.

setepek.

perempuan said...

HAHA. apa lah bodoh perempuan macam tu, mengadu kata pregnant padahal tak pernah usik pun. serius weh serius nak tergelak.

miratun madihah said...

tak semestinya perempuan yang macamtu,lelaki pun ada tau, naik rimas :D