Header Ads


Surat Untuk Bos

Permohonan Untuk Berhenti Bekerja


1. Merujuk perkara di atas,saya dengan ini ingin memohon diberhentikan kerja dari Pasaraya Aktif.Saya harap pihak tuan dapat menerima permohonan ini.


2. Sebab musabab saya ingin berhenti ada dua.Satu sebab yang munasabah dan satu lagi sebab yang tidak munasabah.


3. Sebab yang munasabah mengapa saya ingin berhenti bekerja adalah kerana gaji pokok di sini rendah dan tidak dapat menampung perbelanjaan saya walaupun saya masih bujang.Walaupun ditambah dengan overtime,ia tetap tidak mencukupi untuk perbelanjaan seorang pelajar yang boros macam saya.Sebab lain saya memohon diberhentikan adalah kerana saya ingin menyambung semula pelajaran saya setelah tamat cuti semester.


4. Sebab yang tidak munasabah pula adalah,sejak saya bekerja di pasaraya ini,saya merasakan yang dosa saya semakin bertambah dan tidak pernah nak berkurang.Setiap hari tentu ada perkara yang saya akan mengata tidak kira mengata bos,supervisor atau orang atas.Pabila diri sudah tidak berpuas hati,tentu akan ada tohmahan dari belakang.Walaupun di depan pihak tuan mungkin saya kelihatan gembira bekerja,tetapi dalam tak siapa yang tahu.


5. Oleh itu saya berharap pihak tuan dapat memberi kerjasama supaya memberhentikan saya dari bekerja.Sekian terima kasih.


Yang Benar,


Saiful Bahari.


Sebenarnya,surat macam ni la yang gua nak hantar kat bos gua time nak berhenti nanti.Bukan ape,gua dah mintak nak berhenti 24hb ni tapi pihak atasan tak bagi.Gua rasa macam masuk 3line pulak,susah nak keluar kalau dah masuk.Ish ish ish.

So setelah hati gua panas gila,yela orang nak raya dia suh gua kerja.So gua nak bagi dia surat ini nanti,lu setuju tak?

Setuju?

Kehkehkehkeh.

17 comments

Hang Leo said...

senang je..kasi "cium" jela itu bos ,hehehe..

Sembang Kemas said...

bos laki maa,kalau pompuan da lama gua cium.kah3

Yuyu said...

Klo tak selesa ngn keje tu bhenti jela..hihi

Sembang Kemas said...

nak tahu ape masalahnya?nak berhenti tu yang tak boleh.

bos tak bagi.

apa punya kerja la.

Nur Syazana Mohammed Sani said...

keje kene ikhlas ,. baru rezeki masuk =)

http://syazanasani.com

Sembang Kemas said...

aku rasa aku dah kerja abis ikhlas dah.

Namee Roslan said...

kenapa susah gila nk berhenti wey?? aku pun pelik. kau pegang saham pasaraya tu ke apa. hehe..

NadiRah said...

hahaha!!!!
alasan kedua buat bos lu sengggaaaaaatt lu..lu taw...

Ca Ezah said...

setuju! pastu tajuk tu biar notis 24 jam..biar dia xleh wat pape..jadi balun jer ayat2 tu..puas hati..hehe

Syazwan Che Deraman said...

munasbah jgak alasan tak munasabah kau tu.hehehe.

nana said...

oh naseb baek aku tak penah keje kat pasaraya aktif. haha

Sembang Kemas said...

kalau gua hantar surat macam ni kat bos ok tak?

Anonymous said...

goodluck with ur resignation hahaha. alang alang suruh bos baca belog terus, cool haha

Aesya Zealous said...

tak setuju.. teruskan cari duet tu.. nak kawen tak?? haha

Dzarief Zuhdi said...

lu hantar mau ada ayat sngat sikit maa.. ini belom sengat.. klu dia baca pun, talak kesan.. haha.. kasi pedas sikit la. haah

aQi + GenGkey said...

pasaraya aktif menggalakkan pekerjanya aktif mengata bos mereka...
ahaha..:D

Careila said...

hehe..boleh pulak macam tu..pergi masuk 3line tu saya setuju..hehehe

Powered by Blogger.