Header Ads


Klimaks

Dah lama rasanya aku tak menulis perkara yang serius kat sini,bila menulis perkara yang serius gerenti ramai yang datang baca.Itu adalah satu strategi nak tarik pembaca.Mungkin lu orang semua tertanya tanya,mana author SK??Tertunggu tunggu entry sengat dari aku?

"Abang besar sudah keluar,gua ingat u sudah mampus"
"Wei gua belum mampus lagi selagi choki-choki gua belum habis"

Tapi aku rasa sengat aku dah makin kurang,dah tak menyengat.Ini mungkin sebab aku seorang yang malas nak update blog.Ya memang aku malas.Tolong updatekan boleh?

Cukup dengan introduksi,aku nak teruskan dengan cerita cinta antara dua pasangan sejoli.Yang pada mulanya bercinta berbunga bunga,tapi apakan daya,kerana manusia mempunyai sifat bosan.Cinta akhirnya terkubur.

Peringkat awal percintaan tu aku panggil peringkat klimaks.Kenapa?Selalunya klimaks ni macam tengah nak ending kan?Tapi kalau cerita tentang cinta,klimaksnya di hadapan,maksudnya pada awal-awal bercinta.Mungkin juga klimaks boleh terjadi pada masa akan datang,itu kalau ada jodoh.

Klimaks Permulaan - Pada peringkat ini,masa bercinta memang menarik gila gila nak mampus.Semua manusia begitu,sama ada lelaki atau perempuan.Tapi jantina yang paling gembira time ni adalah lelaki.Kerana katanya challenging.Yea,sungguh mencabar untuk mengurat seorang gadis.Kerana cabaran tersebut,si lelaki berasa sungguh seronok.Bukan untuk mainkan perasaan si gadis,tetapi sendiri mau ingat la,time perempuan kena ngorat gerenti jual mahal.Lelaki tercabar,maka pelbagai cara digunakan,abis duit kredit topup semata-mata nak call si gadis.Yang aku percaya,si gadis akan mula terpikat pada si lelaki jika si lelaki tersebut gentle dengan terus call dia.Dan bila sudah menjadi pasangan,aura cabaran semakin kurang,masa mula-mula nak dapatkan si gadis,si lelaki memang sanggup berhabis duit untuk si perempuan.Dan bila dah dapat,nak text pun malas.Kan?Inilah dia yang aku kategorikan sebagai klimaks permulaan percintaan.

Klimaks Pengakhiran - Ini terjadi pada pasangan yang betul-betul serius.Jika ianya cinta monyet,jangan harap nak dapat klimaks pengakhiran seperti ni.Apa yang terjadi pada klimaks pengakhiran ini?Iaitu,perkahwinan secara sah,bersanding bersama di pelamin.Jika sekadar bertunang,itu aku tak kategorikan dalam klimaks ini.Bila dah berkahwin,sudah tentu rasa tanggungjawab ada pada diri masing-masing.Walaupun dah bosan dengan si isteri,si lelaki perlu menolak rasa bosan tersebut.Si isteri pula haruslah menggoda si suami,dan taat pada si suami.Syurga seorang isteri terletak pada si suami.Dan klimaks penutupnya adalah sama-sama masuk ke Syurga.

Tapi...

Jika cinta kamu semua sekadar cinta monyet,sekadar nak bersuka-suka dan ada kawan perempuan,ko takkan mencapai tahap klimaks yang terakhir tersebut.Tapi kau akan dapat klimaks pengakhiran yang menyedihkan.

Mungkin,
Rasa sedih kerana ditinggalkan.

Mungkin,
Rasa sedih kerana telah dipergunakan oleh si lelaki yang mempunyai hawa nafsu yang tinggi.

Mungkin,
Anda tak sempat mendirikan rumah tangga.

Jodoh pertemuan,ajal maut semua di tangan Tuhan yang satu.Hanya Dia yang tahu siapa jodoh kita.Kita takkan dapat cipta mesin masa untuk pergi melihat siapa isteri atau suami kita.Kerana itu semua telah melanggar kuasa tuhan yang satu.

Dan jika nak kekalkan perhubungan,sikap bertolak ansur,percaya satu sama lain,ambil berat,dan semua sifat positif perlu ada pada pasangan.Dan nescaya,anda akan dapat mencapai ketiga-tiga nikmat klimaks percintaan sejati.

Adios.

1 comment

Namee Roslan said...

bila sampai klimaks...cuba meriahkan penutup dia. jangan bosan lah maksud aku.

Powered by Blogger.