Thursday, November 3

Edisi Pakwe Makwe #4 : Korban

Raya dah dekat,bilik masing-masing bergema lagu hari raya,bergema lagi.Tapi kali ni untuk meraikan hari raya korban.Bukan berkorban untuk pakwe atau berkorban untuk makwe ye.Dan esok jam 11 gua akan bertolak dari JB ke Kuantan.Cuti sebenarnya hanya setakat sampai hari Rabu,tapi niat di hati ingin mengextendkan lagi cuti sampai Ahad.Dan setelah rakan sekelas negotiate dengan semua lecturer,so kelas Khamis dan Jumaat lepas raya dioffkan.Selamat.

Boleh raya lama sikit,raya puasa sebulan aritu gua raya tak sampai sebulan,gua simpan untuk raya haji.

Tapi gua bukan nak cerita pasal gua nak balik,gua tahu lu pun nak balik dan tak nak dengar gua membebel kan?Tapi gua nak cerita pasal korban.Korban?Pengorbanan?Seorang bapa terhadap anak?Yes.Seorang suami terhadap isteri dan sebaliknya?Yes.

Pengorbanan seorang makwe terhadap pakwenya dan vice versa?NOoooooo...Jangan sekali.

Ape?Kalau seorang pakwe tidak berkorban untuk makwenya itu tandanya dia tak sayang?Kau rasa camtu?

Kau rasa perlu ke si pakwe terjun lautan api untuk menunjukkan tanda sayangnya dia pada kau?Sekali dia terjun mati?Merana tak kau?Atau kau menjadikan dia sebagai persinggahan?

Ok la,kalau si makwe tak berkorban untuk si pakwe,sape lagi nak berkorban?Alah kau dah besar la,takkan berak pun nak suruh awek basuhkan?Takkan la kau nak makan takde duit kau pegi pau duit makwe kau?Takkan kau tengah sangap kau suruh awek kau korbankan badan dia untuk kau?Wei kalau sangap kawin la bai.

Dan aku rasa,si pakwe tidak perlu berkorban untuk si makwenya.Nak tunjuk sayang?Senang je,korbankan duit kau sikit masuk meminang kan senang cerita.Bukak buku baru,lepas tu boleh la kau nak berkorban segalanya kepada sayang sayang abang abang kau tu.

Tapi inilah perkara yang terjadi pada zaman ni,bila malam merdeka je korban,bila malam tahun baru je akikah.Padahal maksud kedua perkataan tersebut tersangatlah suci.Watkejadahell this happen in our country.Bajet.Aku pun bajet.Bajet cakap omputih.

Dan aku rasa,kalau setakat nak celebrate something dengan pakwe atau makwe,tak perlu pun korbankan duit,korbankan masa,korbankan badan tu semua.Nak nampak sweet,kau bagi bunga letak depan pintu.Lari.Dan bunga tu kau petik.Senang.Tak bazir masa,duit pun tak bazir.

Kalau ada masa terluang baru la kau pergi dating.Kalau pakwe tengah kerja pun kau ajak dating,aku rasa tak lama lagi kau yang makan kasut.

So,aku rasa dalam relationship ni kita tak perlu la sangat nak berkepit dua puluh empat jam.Sebab aku rasa,kalau masing-masing berkepit,ketiak pun masam kan?

Adios.

p/s:esok balik rumah.HAHA.On9 unlimited kat rumah.Tanpa halangan.

11 comments:

CIK CHIPSMORE said...

urrm..bekorban..cakap sal bunge petik kat pokok n lari tu..cam lawak n aye penh wat cm tu..tp bukn bg kat pkwe..tp kat BFF..hahaha

Ku Azhar said...

hahaha..gud entry!ske gle ayat "wei kalau sangap kawin la bai"..hehehe...yg penting kna ikhlas dan tau batas2..nk lebih2..kawin..

sembang kemas said...

haha cik chipsmore penah buat?berkorban kat membe bagus,sebab tanpa awek,siapa kita cari?

membe kan?

sembang kemas said...

haha ku azhar,lu rasa gua tengah sangap x?

Namee Roslan said...

jgn jd tak matang dan merasakan benda remeh tu adalah pengorbanan. korban, cari duit n masuk meminang. ha, itu korban. jgn lah kata bf kau x syg kau sbb bf kau nk tidur sbb penat kerja. then kau kata bf kau x berkorban. typical betul.

nollyfyenee said...

salam..awesome punya nasihat..huhu sudi singgah at http://secantiknurani92.blogspot.com/2011/05/gatal-n-gedik.html

NadiRah said...

xde pakwe..
jd,xtau lah cmni..
lalalala~
heeeeeee

Dayana Nasir said...

ko balik?? okeh. jangan lupa datang jumpa aku. nak bagi kad. dan dan sila belanja aku makan *off topic*

sembang kemas said...

dye:haha,kau la belanje,eh kawin bile?

sergeant keroro said...

ko korban tak tahun ni? #offtopic

C` Ayob-Ilmu Asas Hidup said...

hahah..suka entri ini...selamat hari raya korban !..upsss tiba-tiba commnet ini, lupa nak kenalkan diri.....salam kenalan dari cayob!...ini kali pertama ayob datang sini...waaa mantoplah blog ini.......maka....c`ayob follow sini :)

Alang-alang saya datang ini, Kalau sudi kunjung2 sya di blog yang tak seberapa ini.........tak follow pun tak ape...janji awk datang, Inys Allah.

www.cayob.com