Friday, December 30

Cara Orang Sekarang Bersosial

Pada suatu hari,gua berborak berborak dengan membe gua, Ant nama diberi.Secara tiba-tiba,dia meluahkan hati dia kat gua. (bukan cerita cinta)

"Pul,orang sekarang apasal cara diorang bersosial lain macam je." tanya Ant

"ape maksud lu der." jawab gua dengan konfius

"budak budak sekarang bersosial guna jari je beb." balas Ant

"hmmm.betul jugak tu." baru gua faham.


Sebenarnya gua ni lambat pickup sikit.Sikit jela.Takdela sampai dapat gelaran Lampi kan?

Setelah gua pikir 2 3 kali,gua nak ketengahkan kat blog la,sebab orang sekarang main blog je.facebook orang tak pandang dah.

Mereka bersosial guna jari?Macam mana?Poke?geletek?Mahupun geli-geli?

Hah,kang gua tulis sampai ke tahap lucah baru tau.

Bersosial guna jari,online guna BB,Iphone,Tabs,dan macam macam lagi.Disebabkan gadget-gadget sebegini,ada yang kurang bersosial.Berbeza sekali bila bersosial di alam maya dan bersosial di facebook mahupun blog.

Contoh la gua bagi,kalau kat facebook,kau borak dengan satu awek ni pongpangpongpang laju kilat tak segam (baca : segam) dan malu.Tapi bila jumpa kat realiti,mulut terketar ketar,cakap tak lepas.Susah nak bercakap depan-depan kan?

Banyak lagi contoh,gua tunjuk lagi,

Bila dalam group blogger mahupun rakan-rakan di facebook,lu orang mesti sembang nak kemas je kan?pongpangpongpang sekali lagi,pandai buat lawak bila di facebook,pandai berkata-kata.Dan bila tiba masa nak buat gathering ataupun date,semua terdiam sipu malu malu.


Tapi itu takpe,mungkin boleh dimaafkan.Sebab lama-lama akan bermesra jugak kan?


Dan kalau lu orang perasan,salah satu keburukan bersosial guna jari ni korang nampak bila korang lepak dengan kawan-kawan sekampung atau kawan baik.

Lepak kedai mamak ramai-ramai,tapi semua main tabs.Apa cita?Semua diam main talipon.Hanya tinggal membe-membe yang guna talipon 3310 je yang bukak mulut berborak.Sungguh tidak sihat perkara sebegini.

Jika dibawa habit ni sampai ke tua lah korang takkan bersosial.Sebab tu zaman sekarang jiran kurang bergaul.Ada kemungkinan.Kan?

Lepas ni gua rasa gua nak naikkan balik martabat talipon botol air sebesar walkie talkie.Baru la korang bersosial dengan sihat.Kan?

Adios.

5 comments:

Fendy said...

haha..betul2..

NadiRah said...

betul!!!
g kedai makan..
konon nak mkn ramai2 bru meriah...
last2... men phone touch!!
erkkk.. -.-

IQ = Iez Qis said...

hahaha! siyes betul ape yg ko ckp nih...

mantap seyh lepas lama mendiamkan diri

cik kinchnaf said...

setuju sgt2.. ;)

Namee Roslan said...

kau pergi mana haa ? lama sepi. btw, back to ur entry..itu lah reality sebenarnya.. sibuk sgt dengan dunia sosial alam maya. yg depan mata ni tak layan.