Tuesday, December 20

Edisi Pakwe Makwe #6 : Fail SPM Sebab Awek.

Sepatutnya benda ni aku dah cerita lepas raya haji aritu dah,tapi disebabkan aku ni malas nak update blog,simpan semua idea bila rajin.

Dan akhirnya aku berjaya dan ingin ketengahkan perkara ni pada umum.Yela perkara serius ni,aku takut adik beradik korang yang buat benda bodoh macam ni.

Kalau perkara ni terjadi pada perempuan kira ok lah sikit,ok la sikit,sikit je.Sebab ape ok?Sebab perempuan senang,fail SPM ke 10A SPM ke tetap kena kahwin dengan lelaki berkerjaya kan?Kalau fail SPM terus tunggu pinangan orang senang dan mudah.

Tapi bagi lelaki pulak,kalau la korang fail SPM,mana nak cari makan?Mungkin setakat kerja pak guard tu lepas la nak makan orang bujang,tapi kalau beranak berbini pulak,susah ko nak sara bini dengan bekerja sebagai pak guard.Boleh tu memang boleh,tapi ko mungkin akan sengkek sikit la kan?

Dan aku rasa baik aku teruskan cerita ni,cerita ni berlaku masa hari raya haji haritu,dah lama kan?Tapi tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas yo.

Masa tu aku kat kawasan perumahan rumah aku,aku sedang melepak bersama si Hasan rakan baik.Tiba-tiba ada beberapa bijik motosikal datang melepak,tapi mereka tak lepak sekali dengan kami,mereka geng lain.Aku dan hasan geng kapak.Mereka geng sempit.

Dalam tengah-tengah melepak tu,tiba-tiba terdengar la geng-geng sempit tadi berborak.Mereka bercerita tentang awek mereka.Sorang sorang ceritakan masalah diorang.Aku apa lagi pasang telinga.Ada la sorang mamat ni bercerita tentang kekasihnya.Kekasihnya merajuk.Entah sebab ape merajuk pun aku mana tahu.Si mamat tersebut juga bingung dengan keadaan aweknya.Bila ditalipon,menangis teresak-esak.Mungkin merajuk dengan pakwe dia.

So,mamat ni tadi bengang la awek dia merajuk tak pasal.Dan dengan serta-merta dia berkata pada geng sempit yang lain "Weh apsal awek aku ni ha?Dari tadi merajuk dengan aku,kalau dia merajuk lagi esok aku malas amik SPM!"

Pergh,aku tersentak,ape bodo taknak amik SPM sebab awek?Ape ke bodohnya.Sepatutnya awek tu letak belakang dulu,kedepankan SPM tu.Aku pun tak paham apekejadahnya perkara ini berlaku depan mata aku.

Dan selepas mereka bergaduh,aku tak tahu ape kesudahannya.Mamat tu amik SPM atau tidak aku tak tahu.

Macam ni la,korang rasa berbaloi tak,kalau nak pujuk awek takyah amik SPM,nampak cool?

Cool gila tak?

Macam bodo.

So,kepada bakal-bakal SPM tahun depan,beringatlah.Jangan kerana awek korang fail SPM.

Adios.

5 comments:

CekbOlat-bOlat said...

bolat dh hbes spM.. -_-"

sembang kemas said...

z

ainol akasyah said...

patotnya pk makbapak..aduh kerana awek nt hidup merana la jawap nya..patot la otak sempit :)

IQ = Iez Qis said...

budak-budak mana nak pikir semua tu, pemikiran orang dewasa dengan minda remaja totally berbeza! aku dulu pun camtu, sebab apa macam tu...tak matang...apatah lagi lelaki, lambat matang....

Namee Roslan said...

kot ye pun, amik lah spm dulu. bg habis. masuk U sama2 kan best. wey, aku suggest kau letak button comment kau kt bawah. sbb org habis baca tercari2 mana button comment.