Saturday, January 21

Antara Ego Dan Perempuan

Dari 2nd Januari sampai ke ari ni aku langsung tak update blog.Dan sekarang baru terhegeh hegeh nak update blog,yela orang baru abis exam,macam ni la.Hari lalu lalu terlalu sibuk sampai makan pun tak lalu.

Dan hari ni aku rasa aku ada satu topik nak cerita kat sini,aku harap korang yang selalu singgah blog aku ni masih lagi setia lah.Kalau tak setia nak buat macam mana kan,aku yang selalu tak update.

Ah pedulikan.

Janji masih ada yang ingin baca.

Aku nak cerita pasal ego lelaki dan seorang perempuan.Ego ni sebenarnya penting bagi lelaki.Sebab ape?Sebab ego ni boleh menjadikan seseorang perempuan itu tidak GEDIK!
Tak percaya?

Sini aku bagi contoh sikit,

Situasi 1
A=lelaki,B=perempuan

Si A ni minat kat si B.Tapi dia pendamkan je perasaan dia.Pastu tap tup tap si B dah berkahwin dah pulak dengan mamat lain.Dan si A ni pulak frust menonggeng la.Then sampai satu masa mereka berjumpa dan sempat berbual.
A: Eh dah kahwin ye awak?
B: Aah,dah kahwin,apsal?Frust ke?
A: Hmmmm...frust la jugak awak kahwin ngan orang lain. :(
B: (hahahaha....tak sangka hot jugak aku ni ek?)....

Si A ni kurang ego nya,membuatkan perempuan tadi perasan dirinya hot.perasan tu tak bagus untuk kesihatan.

Situasi 2
Si A ni minat kat si B.Tapi dia pendamkan je perasaan dia.Pastu tap tup tap si B dah berkahwin dah pulak dengan mamat lain.Dan si A ni pulak frust menonggeng la.Then sampai satu masa mereka berjumpa dan sempat berbual.
A: Eh dah kahwin ye ko?
B: HAHAHA,mestilah dah,ko tak dapat kad jemputan ke?
A: Alah,aku sibuk la time tu.Banyak kerja.
B: Eleh cakap jela ko frust sebab aku kahwin ngan orang lain.
A: Takde MAKNanye aku nak frust ngan ko.
B: (terkedu)....

Si A ni ada kekuatan dengan kata kata dia,ego terlampau,membuatkan perempuan tersebut terkedu dan mungkin akan menangis dalam hati,yela hati perempuan kan sensitip.kan kan kan?

So,aku rasa sebab tu lah dalam diri lelaki ni perlu nya sifat ego,supaya si perempuan takleh nak pijak si lelaki dan si lelaki boleh membuatkan seseorang perempuan itu insaf dan tidak berlagak.Sebab tulah juga lelaki merupakan ketua bagi sesebuah institusi kekeluargaan kan?Sebab adanya sifat "taknakkalah",itu suatu yang bagus.

Adios.

Monday, January 2

Tahun Baru

Tahun baru kali ni aku tak dapat join sambut,sebab sibuk dengan kerja kerja student.Assignment.Kalau macam tahun tahun lepas,aku selalu jugak pegi tengok bunga api,tengok filem porno free,macam macam lagi la.Aku rasa kalau aku pergi semalam mesti banyak gile babi aku tulis pasal tu kat sini.Tapi apakan daya,carry mark lebih penting.

Yang aku tahu,bila tiba tahun baru,merdeka,mesti ada filem 3gp keluar.Takpun cerita-cerita porno-porno ni terngiang-ngiang kat telinga radio.

Bila tahun baru,mesti la nak anak baru kan?

Bila merdeka,mesti nak anak merdeka kan?

Macam macam.Itu yang terjadinya buang baby.

Itu la yang terjadi kalau melepasi takat maksimum bersosial.Kita nak bersosial ada had nya.Lain la kalau kau kafir.Ikut kau la ape kau nak buat kalau kau kafir.Kan?

Tapi kita ni melayu.Islam.Hmm.Aku taknak jadi ustaz.

Dan,baru je masuk tahun baru,dah mula buat sakai.Tau tak cerita kat UPSI tu?hmm.Aku malas nak komen.Dah la,jangan memalukan student-student UPSI yang lain ok?

Student mestila cerdik pandai.Tapi jangan cerdik atas kertas je.Tak guna macam tu.Masing-masing ada hati,so berhati perut la sikit kan?

Aku taknak cerita banyak pasal peristiwa berdarah kat UPSI tu.Aku bukan budak UPSI pun.Kang dikata aku ni penjaga tepi kain orang.Lantak kau lah.

Yela,dah tahun baru,perlu ada azam baru.Azam?Setahu aku,aku tak pernah ada target setiap tahun.Noob kan?

Tapi aku tahu,setiap tahun haruslah lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.Aku takda azam pun nak beli BMW ke Merc ke,yang penting aku enjoy hidup di dunia ni.Life is a journey rite?

Tiba-tiba pulak aku rasa aku nak buat satu azam.Ape ek?Kawen?Kahkah.Malu.

adios.

p/s : ape azam aku?mana boleh bagitau,rahsia.