Saturday, January 21

Antara Ego Dan Perempuan

Dari 2nd Januari sampai ke ari ni aku langsung tak update blog.Dan sekarang baru terhegeh hegeh nak update blog,yela orang baru abis exam,macam ni la.Hari lalu lalu terlalu sibuk sampai makan pun tak lalu.

Dan hari ni aku rasa aku ada satu topik nak cerita kat sini,aku harap korang yang selalu singgah blog aku ni masih lagi setia lah.Kalau tak setia nak buat macam mana kan,aku yang selalu tak update.

Ah pedulikan.

Janji masih ada yang ingin baca.

Aku nak cerita pasal ego lelaki dan seorang perempuan.Ego ni sebenarnya penting bagi lelaki.Sebab ape?Sebab ego ni boleh menjadikan seseorang perempuan itu tidak GEDIK!
Tak percaya?

Sini aku bagi contoh sikit,

Situasi 1
A=lelaki,B=perempuan

Si A ni minat kat si B.Tapi dia pendamkan je perasaan dia.Pastu tap tup tap si B dah berkahwin dah pulak dengan mamat lain.Dan si A ni pulak frust menonggeng la.Then sampai satu masa mereka berjumpa dan sempat berbual.
A: Eh dah kahwin ye awak?
B: Aah,dah kahwin,apsal?Frust ke?
A: Hmmmm...frust la jugak awak kahwin ngan orang lain. :(
B: (hahahaha....tak sangka hot jugak aku ni ek?)....

Si A ni kurang ego nya,membuatkan perempuan tadi perasan dirinya hot.perasan tu tak bagus untuk kesihatan.

Situasi 2
Si A ni minat kat si B.Tapi dia pendamkan je perasaan dia.Pastu tap tup tap si B dah berkahwin dah pulak dengan mamat lain.Dan si A ni pulak frust menonggeng la.Then sampai satu masa mereka berjumpa dan sempat berbual.
A: Eh dah kahwin ye ko?
B: HAHAHA,mestilah dah,ko tak dapat kad jemputan ke?
A: Alah,aku sibuk la time tu.Banyak kerja.
B: Eleh cakap jela ko frust sebab aku kahwin ngan orang lain.
A: Takde MAKNanye aku nak frust ngan ko.
B: (terkedu)....

Si A ni ada kekuatan dengan kata kata dia,ego terlampau,membuatkan perempuan tersebut terkedu dan mungkin akan menangis dalam hati,yela hati perempuan kan sensitip.kan kan kan?

So,aku rasa sebab tu lah dalam diri lelaki ni perlu nya sifat ego,supaya si perempuan takleh nak pijak si lelaki dan si lelaki boleh membuatkan seseorang perempuan itu insaf dan tidak berlagak.Sebab tulah juga lelaki merupakan ketua bagi sesebuah institusi kekeluargaan kan?Sebab adanya sifat "taknakkalah",itu suatu yang bagus.

Adios.

5 comments:

.........cP~ said...

Ego perempuan pun ada gak. Boleh wat jaga diri.

anakmuda said...

kesimpulan yg menarik.. dan saya tertarik :)

ara dawsons said...

:D

Namee Roslan said...

ego biarlah bertempat. tapi dengan laki kena lah ego sikit. dr situlah kita kurang melayan. aku tak suka melayan laki sgt sbb bukan apa...yela, kdg2 kita gurau ni kita lupa batas. jd lebih baik elakkan . kawan2 lah tp takdelah semua nk layankan.

sergeant keroro said...

kdg2 lelaki saje nak buat pompuan tu bajet, haha