Thursday, February 16

Kecundang

Standard la,bila dah nak abis cuti mesti ramai yang frust kan?Termasuk aku sekali,aku bukan frust sebab cuti dah abis,tapi frust sebab keputusan yang agak tidak memuaskan langsung.Ini kali pertama aku merasakan yang result itu satu perkara yang harus aku takut.Selama ni aku main selamba dek je layan,fail ke pass ke aku buat macam bese.

Tapi start sem lepas punya result,aku tiba-tiba rasa cuak bila tengok result.Mungkin aku punya common sense tu dah kembali.Ataupun dalam erti kata lain,baru nak insaf.

Tula lumrah hidup,mungkin aku ni termakan sangat dengan falsafah orang.Aku dulu berpegang dengan falsafah "orang yang selalu gagal akan berjaya satu hari nanti".

Aku terikut sangat dengan falsafah tu.Falsafah tu boleh berlaku pada kita jika kita berubah memperbaiki diri kita.Kalau tak berubah,sampai bila-bila kau akan gagal.Mungkin akan gagal untuk selama-lamanya.

Kau cakap Bill Gates dulu gagal jugak?Memang dia gagal,tapi dia berubah.

Dan aku?

Aku hanya berharap suatu hari nanti aku akan berjaya tanpa usaha.Memang jahanam la masa depan aku kalau aku terus bersikap macam ni kan?

So,falsafah tersebut mungkin aku akan ubah sedikit.Buat penambahan,supaya budak-budak akan datang tak tiru apa yang aku buat selama ni.

Mungkin "Orang yang selalu gagal akan berjaya suatu hari nanti jika dia benar-benar berubah".

Adios.

2 comments:

anis madu said...

berubah lah wei. berubah lah! haha.

Namee Roslan said...

selagi boelh strike lebih baik kau strike. jangan menyesal di kemudian hari je. penting oh result U nih.