Header Ads


Perubahan

Perubahan sebenarnya satu perkara yang boleh dikatakan 'baik' dan 'takbaik'.Bila kita berubah dari jahat ke baik,dah tentulah ianya perkara yang baik dan sebaliknya.Bila kita nak berubah,bukan senang.Mesti ada halangannya.Halangan yang paling besar aku rasa adalah tabiat lama.Tabiat lama ni kita bukan boleh main taram je buang terus,susah woo.Tapi kalau tak boleh buang terus kita perlu kurangkan tabiat itu.Supaya masa yang terluang tu kita boleh isi dengan perkara yang lebih berfaedah.

Tapi aku taknak cerita pasal tabiat.Aku nak cerita pasal halangan lain.Iaitu membe-membe ataupun rakan sebaya.

Yela,bila anda berubah,membe pasti pelik.Mereka mungkin hairan,

"eh apsal tiba-tiba budak ni jadi macam ni kan.Dulu tak pernah nak study tapi sekarang awal-awal dah study."

Dan kadang-kadang mereka akan berfikir negatif.

"Alah bajet je tu study awal-awal.Tengok la pertengahan semester nanti mesti kembali seperti sediakala."

Standard la tu membe cakap macam tu.Dan mungkin ada yang akan cakap,kalau berubah secara tiba-tiba ni dah tak lama.Ajal dah dekat la tu.Ada kan?

Tapi satu je,kalau korang nak berubah,korang kena la hati keras.Kalau mereka berkata begitu,korang senyum kambing jela.Kalau cakap lebih kang orang cakap kita bajet.Kan?

Ni aku nak bagi sikit tips kalau anda nak berubah dari buruk-to-baik.

1. Hati kenala keras.Jangan hati tisu.Membe kondem sikit kau dah gelabah.Terima semua kritikan sebagai kritikan membina.Tak kisah la dia maki ko ke,ko senyum jela.Tak yah nak simpan dalam hati sangat.Kang membuatkan korang tak boleh nak tido sebab memikirkan kritikan dari rakan-rakan.
2. Pendirian kena tetap.Kalau korang dah cakap nak berubah,korang kena stay je dengan cara korang.Lantak la dengan cara membe korang.Memandangkan korang tidaklah sebijak membe korang tu,jadi perlulah study dari awal kan?
3. Buku motivasi.Kalau dah rasa nak berubah,mesti ada initiatif tersendiri kan?Ikut korangla nak beli buku yang macam mana.Memandangkan korang student mesti la dapat baucar rm200 kan?Aku dah beli satu buku bertajuk Focal Point.Dan aku tengah dalam proses membacanya.Macam menarik.
4. Jangan mudah tertarik dengan tabiat lama.Seperti aku dah kata kat atas tadi,korang kena la buang ataupun kurangkan tabiat lama korang.Contohnya main game 24 jam adalah tabiat terburuk korang.Jadi kalau tak leh buang tabiat tu,korang kurangkan.Contohnya hanya main game pada hari Sabtu atau Ahad.Ataupun weekdays selepas habis kelas waktu petang.

Itu jela perkara yang aku lakukan untuk merubah hidup aku.Aku nak berubah sebab aku dah dua kali mendapat pointer rendah dan menyebabkan aku kehilangan PTPTN untuk dua semester.Sakit wei.

Ini cerita aku petik dari diri aku sendiri.

TRUE STORY.

ADIOS.

3 comments

NadiRah said...

gudluck weh..
hope sem ni dpt resu;t yg cemerlang..
hati mau keras kan??? heee~

Izyan Balqis said...

chill out beb! ko mesti boleh! ko memang boleh!!

aku support ko dari belakang~ =)

Namee Roslan said...

berubah demi kebaikan.:) takpelah. :) aku hope kau score untuk sem kau.:) gluck.

Powered by Blogger.