Monday, July 9

Cerita Sebelum ke Universiti

Gua ada satu benda nak cite tapi gua takut akan dipanggil racist, lalu dipulau pulaukan. Tapi gua bukan ramai kawan kat blog ni pun,nak pulau pun gua rasa takde la sakit sangat.

Ya memang kalau gua cite pasal benda ni, mungkin gua akan dikutuk.

Tapi tula gua nak cite jugak.

Perkara ni berlaku masa lepas abis matrik la, dah abis matrik mestila sibuk dengan borang UPU semua bagai tu kan..tak lama lepas tu,result UPU keluar. Dan gua dengan gembiranya dapat masuk UTM la.

Masa gua tengok result tu,gua bagitau la bapak gua.

"Pak gua dapat masuk utm pak,amacam orait tak?"

Pastu bapak gua dengan selamba buat muka macam tak suka gua masuk utm. Dia nak jugak gua masuk ukm kegemaran dia. Gua ingatkan macam tu.

Pastu gua tanya bapak gua,nape buat muka bila gua bagitau dia gua dapat utm.

Selamba dia menjawab,
"uitm ngan utm sama ke lain-lain?kalau uitm takyah la."

Gua jawabla lain-lain,dah memang lain kan. Bapak ni racist betul.

Tula orang tua.Sampai sekarang gua masih pelik.

Bila orang tanya gua belajar mana,
gua jawab. utm pakcik.

pakcik tu membalas,oh uitm,anak pakcik ada kat sana.awok kenal dok?

pakcik-pakcik. ==,


p/s: tujuan gua tulis ni bukan sebab nak rendah-rendahkan ye. tak kira belajar kat mana janji pointer tinggi tu lagi penting. tak kisah la utp ke uniten ke semua sama.

adios.selamat maju jaya dan selamat hari raya.

4 comments:

Dzarief Zuhdi said...

oi racist... hahaha

NadiRah said...

slalu bila org ckp UTM..
mst respon org cmni...
"wahhh!! budak pndai2 je kat situ kn???"
realitynye...
huhuhu

sbb tu bpak ko nk utm...kih3

mizz_aainaa said...

knapa eh org salu ingt utm ni uitm.. huhu.. salu jgk jd cmtuh..

Namee Roslan said...

dulu nama uitm tu itm kan?