Tuesday, July 17

Zaman Hang Jebat dan Hangpa

Apa gua nak cite pasal budak zaman sekarang ye?

Ha..keisti'mewah'an budak-budak zaman sekarang.

1. Depa la ni takleh kena rotan dah,kalau rotan sikit masuk court."see you in the court". Cubit teloq sikit dah menangis bagitau mak cakap cikgu gigit teloq.Nampak sangat bohongnya.
Kalau time gua dulu kecik-kecik,kalau kurang ajar kena rotan kat tangan sampai kebas tangan nak makan nasik pun susah.Kena cubit teloq,balik umah tak bagitau mak bapak,kalau bagitau makan rotan lagi ada la.

2. Depa la ni dah boleh bawak henfon g sekolah supaya boleh kol mama suruh amik time lepas sekolah kononnye lah kan. Mungkin ada benarnya,tapi kebenarannya hanyalah 1%. Yang selebihnya 99% lagi digunakan untuk mengorat makwe-makwe dan mana tahu mungkin sampai satu tahap anak murid mengorat cikgu-cikgu mereka. Zaman gua dulu nak mesej makwe main surat, koyak buku latihan bahagian tengah buat jet tulis "i luv u".

3. Dengar citenye depa boleh bawak laptop/notebook.Tahniah punya cadangan.Setahu aku kalau budak-budak bawak laptop ke sekolah makanya main counter-strike la jawabnya.Yang perempuannya mestilah main BarbieOnline.Kalau waktu gua dulu main counter-strike kat makmal je.Budak-budak sekarang mewah.

4. Depa la ni dah boleh bawak toyol digital dah ke sekolah.Kalau dulu,gua penat menyalin toyol dalam kertas kecik masuk dalam baju kecik. Sekurang-kurangnya adala jugak membacanya masa menyalin tu kan?Kalau main copy paste dalam fon gerenti tak membacanya.

5. Kesimpulannya,gua cite pasal benda ni sebab yela gua terdengar budak-budak sekarang dah boleh bawak macam-macam ke sekolah.Jangan pulak lepasni "kondom dibenarkan ke sekolah" sudah.

Adios.

3 comments:

Dzarief Zuhdi said...

haha.. smart pool.. part kena gigit tuh yang best.. haha

✿ pink velvet ✿ said...

hahaha! betul2 ... bebudak skrg dah mewah sgt ... sebab tu skrg byk kes budak kuang hajo! *tetibe*

NadiRah said...

SAYA SEBAGAI BAKAL GURU TIDAK MENYOKONG 200% CADANGAN UNTUK MEMBENARKAN HP DIBAWA KE SEKOLAH!!!!!!