Header Ads


Season Jahanam 2009-2013

Ini merupakan kisah yang menyayat hati diri sendiri.Lantak korang kalau tak menyayat hati korang keyh. Season jahanam bukan bererti badan atau otak gua jahanam akibat makan meggi yang mempunyai seasoning dengan kadar yang tinggi.bukan bukan.Ini kisah jahanam gua semasa gua masih belajar di UTM ni.

2009-2010
Zaman ni dikira sebagai zaman adaptasi.Mula mula merasa life universitas yang agak terkontrol kerana pada masa ni gua forever alone.Time ni gua travel dari tempat tido gua ke tempat makan lebih kurang 2 km hanya dengan berjalan kaki.Masa ni nerd nya memang hebat.Ibarat manusia hilang rakan.

2010-2011
Zaman ni bermula bila gua sudah mempunyai rakan.Dan sudah belajar sikit-sikit skill memonteng kelas.Ini bukan bermakna gua tak pernah ponteng selama di matrikulasi dulu.Gua sememangnya seorang yang kuat ponteng.Tapi tahun ini adalah tahun yang jahanam apabila pointer gua jahanam akibat diri sendiri yang jahanam.Ya memang zaman ni boleh diisytiharkan sebagai zaman jahiliyah gua.

2011-2012
Ya bila dah tahun sebelumnya gua jahanam sudah tentu ianya melarat dah susah nak diperbaiki lagi.Perbaiki boleh tapi agak sukar.Zaman ini adalah zaman kegelapan gua apabila ptptn gua ditarik akibat dua semester yang lepas gua pointer rendah.Ya,ianya adalah amat sukar sekali apabila anda pinjam tapi duit takda.Ya susah.Nak beli buku pun pikir dua tiga kali.Duit takda.Kalau hutang member tak elok jugak,sebab next time belum tentu boleh dibayar.Dibayar dengan darah mungkin?Dan tahun ini juga gua sekali lagi mendapat pointer yang rendah dah semester ke-7 gua punya ptptn akan ditarik.gua dah confirm dah.Susah nak study bila mana duit nak makan pun tak cukup.Aku tak salahkan pihak ptptn tapi aku salahkan diri sendiri.Tapi ada jugak marahnya kat ptptn ni.Rasa macam diptptu pulak.

2012-2013
Ya semester ke-7 yakni semester sekarang.Duit ptptn gua ditarik lagi akibat pointer yang rendah pada semester ke-5.Ya dan sekarang gua hidup berbekalkan duit elaun praktikal yang sekadar dapat ala kadar dah aku rasa dalam sekelip mata hangus bila mana gua berhutang member keliling kawasan.Adakah semester ini juga zaman kehancuran gua?adakah kali ini gua akan mendapat markah yang teruk juga?Gua tak tahu,hanya gua yang boleh tentukan.Nak tunggu duit BR1M lambat lagi,baucar buku,tahun depan.Lambat lagi.So,kita tunggu dan lihat sajalah ye.



nak sedapkan hati sendiri,gua cakap dalam hati,
"susah dulu senang kemudian"

agak-agak hidup gua sekarang ni susah ke?

adios.

7 comments

paan kowt said...

ermmmm.....sabor ler yerr

Izyan Balqis said...

stiap ap yg berlaku ad hikmah~~ mne tawu susah sekarang, senang kemudian...aku sllu pgang prinsip tu....sbb zman aku study skrg mmg byk giler dugaan...tapi aku sllu berdoa nti bile time da kerja, segalanya akan terbalik dripda dunia bljar...=D be strong~ kita boleh buat!

lynndAmya said...

sendiri mau ingatlah bro, hehehe ;) betulkan niat tu okay :D InsyaAllah~

NadiRah said...

zakat MSI camne??dapat x?

shahirah sharudin said...

ade mase ag nh..ko boleh baiki pointer ko..dah tuh nanti dwt pt ko byr sikit lah ye..

Sembang Kemas said...

thanks you rakan2 yang memahami.

mungkin sikap sendiri makan diri sendiri.takkan makan orang lain pulak kan?

nad zakat tu aku tak mintak lagi,aku lupa bawak surat beranak T_T

ko da dapat?

Anonymous said...

:) same here.
pointer asyik jtuh ja.
B'mula dari aktiviti yg padat.

Tgh sedih2, tjmpa n baca entri ni tb2 t'ktawa sndri cbb ada 'sense of humour d ctu'..thanks. :D

p/s: anda sgt tabah wlaupn bkali2 d uji.

Powered by Blogger.