Saturday, April 20

Takut,Tak Berani.

Hey,lama sudah gua tak menulis.Rehat panjang gamaknya gua ni. Lu orang pun bukan peduli pun gua tulis lagi ke tak kan?Sob sob.
Macam biasa la lu orang mesti tau apa alasan gua,semestinya sibuk. Yela tak lama lagi insyaAllah masuk alam pekerjaan pulak.Gua macam tak ready lagi  ni. Orang lain power pungpangpungpang present sana present sini. Interview sana sini. Gua nak present pun kecut perut, TAK BERANI. Naik stage terketaq-ketaq kata paob.

Biasalah dalam hidup tak semua benda yang lu buat lu redah semacam tanpa rasa TAKUT.kan? Mesti takut punyalah. Nak redah semak belakang blok takut ada babi melintas. Nak mandi kolam takut kena tarik hantu air. Itu semua perasaan takut yang menjadikan kita seorang yang fobia kalau kita pernah kena atau ada pengalaman. Lagi satu keTAKUTan yang dialami oleh lelaki yang nampak macho gentle dan kebal ialah TAKUT kena reject. Itu paling ditakuti selepas Allah dan parents.hehe.

Gua tahu  lelaki-lelaki ni TAKUT benda ni jadi kan? Ibarat kata sahabat gua pagi tadi,patah. Patah apa? Patah hati.

Ini cerita gua kali ni. TAKUT NAK CONFESS.TAK BERANI.

ye,takut tu satu perasaan yang kadang-kadang boleh selamatkan kita,seseorang dan juga selamatkan relationship.
"Bohong la kau rom,dia bukannya polis,bomba malah dia juga bukan FRU.Macam mana nak selamatkan kau?"

Ok.Macam ni.Aku bagi contoh yang mudah dan senang nak faham.

Abu dan Minah ni dah lama berkawan.Sejak kecil lagi mereka bermain masak-masak,kahwin-kahwin. Dan bila dah besar mereka masih rapat dan perasaan cinta Abu mula berputik kat si Minah ni. Tapi Minah macam tak tahu pun. Dan Minah ni pulak biasa-biasa je perasaannya. Time diorang ni dah berumur 20 tahun,Abu bertekad nak bagitau perasaan dia pada Minah. Bertekad,bertekad dan tekad. Tapi dihalang oleh perasaan TAKUT nak lamar. Takut di friendzoned-kan. Dan satu lagi ketakutan yang Abu akan hadapi bila dia confess,takut hilang Minah.

"Macam mana boleh ghaib pulak Minah ni?"

Ha.Hilang sini maksudnya putus kawan. Dia takut Minah anggap dia kawan je.Dan takut bila Abu confess,terus Minah tak nak kawan dah ngan Abu. Yelah malu kan?malu?tau malu?

Mungkin belum cuba belum tahu.Tapi risiko nya tinggi. Kan?

Kalau dulu before lu confess,lu baik je ngan dia mesra gitu. Tapi bila lu confess,hilang relationship tu tah ke mana.Invisible sekelip mata.

Jadi,lelaki-lelaki sekalian,before nak confess pun,agak-agak si perempuan macam ada bagi hint baru la masuk.Senang sikit kan sebab akan confirm dia jadi milik lu.

Tulah,jaga relationship anda,jika anda mahu terus berkawan,berkawanlah,sebab berkawan lebih mesra daripada teman lelaki/wanita.Serious shit gua tak tipu.Kalau kawan,gelak tawa dihadapi bersama,gelak lah sekuat mana pun tak perlu jaga adab,tapi jangan overlimit,aku lempang kang.

Adios.

Pre Grade Dinner FKAUTM


marilah bersama kami beramai-ramai memeriahkan majlis ini. Budak-budak FKA kalau boleh semua harus join.

Adios.

Thursday, April 18

Teori Saiful Bahari

Teori 1

"Eh, mamat tu muka pecah, awek punyalah gila babi cun."
"Eh, minah tu muka macam nenek kebayan,pakwe dia macam Harun Ajis"

dari dialog di atas,kita boleh tengok sekeliling kita selalu perkara macam ni terjadi.Kalau gua nak pendekkan cerita,gua terus buat conclusion je. Tapi kita cerita dulu kasi bunga-bunga ayat,kasi bombastic sikit. Seperti yang kita tahu,tak smua orang perfect dan tak semua orang ni cantik. Masing-masing saling memerlukan. Kalau muka dia tak cantik,sape tahu hati dia cantik ibarat bidadari syurga.Kan?

Conclusion : Orang cantik akan berkapel/kahwin dengan orang muka biasa-biasa.Mana ada orang huduh kat dunia ni.Ciptaan tuhan semua cantik.

Teori 2

"Eh,mamat tu punyalah hensem six pack lagi,apasal kapel dengan awek gemuk gedempal tu?"
"Eh, minat tu punyalah cantik lengkok S lagi,kenapalah dia pilih mamat nerd gemok makan kuat tu?"

HAHA

teori aku kali ni,kebanyakan orang yang aku nampak la,aku tak tau lah korang observe macam mana,tapi yang aku nampak,kebanyakan orang yang kurus ni dia minat kat awek yang berbadan besar atau budak hipster gelar mantap. Dan orang yang gemuk2 ala ala comel tu diorang ni suka awek2 yang kurus slim. Aku buat teori ni berdasarkan keinginan aku,aku gemok2 comel? minat kat awek2 kurus.


Sekian teori untuk malam ini.Kalau aku ada teori lain akana aku kongsi lagi.

Adios.