Saturday, April 20

Takut,Tak Berani.

Hey,lama sudah gua tak menulis.Rehat panjang gamaknya gua ni. Lu orang pun bukan peduli pun gua tulis lagi ke tak kan?Sob sob.
Macam biasa la lu orang mesti tau apa alasan gua,semestinya sibuk. Yela tak lama lagi insyaAllah masuk alam pekerjaan pulak.Gua macam tak ready lagi  ni. Orang lain power pungpangpungpang present sana present sini. Interview sana sini. Gua nak present pun kecut perut, TAK BERANI. Naik stage terketaq-ketaq kata paob.

Biasalah dalam hidup tak semua benda yang lu buat lu redah semacam tanpa rasa TAKUT.kan? Mesti takut punyalah. Nak redah semak belakang blok takut ada babi melintas. Nak mandi kolam takut kena tarik hantu air. Itu semua perasaan takut yang menjadikan kita seorang yang fobia kalau kita pernah kena atau ada pengalaman. Lagi satu keTAKUTan yang dialami oleh lelaki yang nampak macho gentle dan kebal ialah TAKUT kena reject. Itu paling ditakuti selepas Allah dan parents.hehe.

Gua tahu  lelaki-lelaki ni TAKUT benda ni jadi kan? Ibarat kata sahabat gua pagi tadi,patah. Patah apa? Patah hati.

Ini cerita gua kali ni. TAKUT NAK CONFESS.TAK BERANI.

ye,takut tu satu perasaan yang kadang-kadang boleh selamatkan kita,seseorang dan juga selamatkan relationship.
"Bohong la kau rom,dia bukannya polis,bomba malah dia juga bukan FRU.Macam mana nak selamatkan kau?"

Ok.Macam ni.Aku bagi contoh yang mudah dan senang nak faham.

Abu dan Minah ni dah lama berkawan.Sejak kecil lagi mereka bermain masak-masak,kahwin-kahwin. Dan bila dah besar mereka masih rapat dan perasaan cinta Abu mula berputik kat si Minah ni. Tapi Minah macam tak tahu pun. Dan Minah ni pulak biasa-biasa je perasaannya. Time diorang ni dah berumur 20 tahun,Abu bertekad nak bagitau perasaan dia pada Minah. Bertekad,bertekad dan tekad. Tapi dihalang oleh perasaan TAKUT nak lamar. Takut di friendzoned-kan. Dan satu lagi ketakutan yang Abu akan hadapi bila dia confess,takut hilang Minah.

"Macam mana boleh ghaib pulak Minah ni?"

Ha.Hilang sini maksudnya putus kawan. Dia takut Minah anggap dia kawan je.Dan takut bila Abu confess,terus Minah tak nak kawan dah ngan Abu. Yelah malu kan?malu?tau malu?

Mungkin belum cuba belum tahu.Tapi risiko nya tinggi. Kan?

Kalau dulu before lu confess,lu baik je ngan dia mesra gitu. Tapi bila lu confess,hilang relationship tu tah ke mana.Invisible sekelip mata.

Jadi,lelaki-lelaki sekalian,before nak confess pun,agak-agak si perempuan macam ada bagi hint baru la masuk.Senang sikit kan sebab akan confirm dia jadi milik lu.

Tulah,jaga relationship anda,jika anda mahu terus berkawan,berkawanlah,sebab berkawan lebih mesra daripada teman lelaki/wanita.Serious shit gua tak tipu.Kalau kawan,gelak tawa dihadapi bersama,gelak lah sekuat mana pun tak perlu jaga adab,tapi jangan overlimit,aku lempang kang.

Adios.

No comments: