Thursday, May 30

Mengapa tidak mesej itu lebih bagus dari mesej?

Entry ni takda kena mengena ngan hidup gua,gua ulang.TAKDA KENA MENGENA.TAKDA KENA MENGENA DENGAN KISAH CINTA GUA. CLAP. CLAP. CLAP. GUA NILAI MELALUI OBSERVATION YANG GUA PERNAH RASA JE.

DAN TAKDA KENA MENGENA NGAN AWAK.JANGAN PERASAN.hihi

Cuma gua terpikir jugak,apa terjadi bila kita mesej,dan apa terjadi bila kita tak mesej.
Kita start ok?

BILA KITA MESEJ DIA....
dia tak balas mesej kita, dia senyapkan diri sunyikan aura. bila kita mesej dia, dia tak balas, kita mula meroyan, "apsal dia tak balas mesej aku?". Mula persoalan tu terngiang ngiang di dalam otak kiri dan kanan kita,memikirkan perkara perkara negatif. Contohnya, "Dia mesej laki/perempuan lain kot."
Dan mula la kau meroyan kan? bahahaha

BILA KITA MESEJ DIA....
dia balas pendek-pendek.macam nak taknak layan.dan dalam mesej ni jugak ada nada.contohnya nada marah, "I penat la." Luorang mesti tak tau kan maksud di sebalik perkataan dia penat. Penat tu memang penat, tapi kalau perempuan/lelaki ni suka kat lu orang,sudah tentu penat-nak-mampos macam mana pun tetap dia layan lu kan? Nampak tak permainan tu?

BILA KITA MESEJ DIA....
Bila kita mesej dia, dia tak balas. mula rasa nak hempas henfon laptop bagai kan? Bila dia tak balas, mula la lu calling-calling. Dia tak angkat. Nampak tak? Itu maksudnya dia kejam. Kalau taknak katakan taknak. Jangan buat orang tunggu tunggu. Okay?

Cukup tiga gua bagi,kita ke BILA KITA TAK MESEJ DIA....

BILA KITA TAK MESEJ DIA....
Bila kita tak mesej dia,kita tak kisah pun pasal dia,tak kisah bukan bermaksud dah tak sayang,paling kurang pun lu akan fikir positif kan?takdela meroyan menonggeng. Kau akan positif, sebab ape? Kau tak mesej dia, dan kau nampak dia online tapi dia senyap je. ok la contoh, kalau kau nampak dia online,pastu kau mesej dia, dia tak balas, mana lagi sakit oi?
kan?
Fikirkan.

BILA KITA TAK MESEJ DIA....
Kita akan cuba sibukkan diri, kita takkan hiraukan dia buat sementara waktu. Yelah sibuk kan? Dan dengan itu kerja kau boleh siap, cuba kalau kau mesej dia, pastu dia balas, sampai esok la korang berdua mesej. Itupun kalau dia balas. Kan??

So fikir fikir kan lah mana satu yang lagi baik. yang mana boleh buatkan anda still ada rasa bertimbang rasa nak sayang dia. Dia tu bermaksud lelaki/perempuan. Gua tak tembak sape2 dalam entry ni so jangan nak butthurt sangatlah.

So,
Adios.

No comments: