Header Ads


Cerita Aku Suka Kau

Tah tiba-tiba gua jatuh cinta pada sorang awek ni. Dia ala-ala amoi la jugak. Memang taste gua, speky, bergaya. Jatuh pandangan pertama. Gua ni bukanlah dalam kalangan hero hero gadis muka masuk maskulin,so kalau nak ejas awek gua kena la bagi effort sikit. Baru la awek terharu bila gua ada effort. Tapi sebenarnya,effort saja tak cukup kalau lu berenti separuh jalan.

Contoh,awal-awal bibit percintaan bukan main laju kau delivery makanan,bukan main caring nya lu,bukan main pantas je bila si dia belum makan kau dah suapkan.Bila dah tengah-tengah lu diam,buat endah tak endah,konon main tarik tali,konon play clever la.Las las melepas,dia tawar hati.

Bibit-bibit gua bukanlah macam tu.Biasa la,gua yang mereka cerita tapi gua tak buat pun macam tu. Cuma part 1 dan 2 pasal jadi pakcik delivery dan pasal caring tu yang gua buat. Tapi bukan sebab lu jual mahal je dia tawar hati. Ada satu lagi sebab,iaitu dia tak suka kau. Dah memang tawar hati dari awal lagi. Dia cuma layan je kau tapi dia tak anggap dan tak cuba nak terima kau. Aku rasa ini terjadi pada aku. Orang kata lama-lama dia mungkin suka. Mungkin. Tipis je bunyinya kan? Dan bila kau dengar macam tu terus kau down. Arghh mengapa jadi begini pada aku. Ya aku tak hensem. Kau mula sembang pasal benda-benda non-sense.

"Peluang tipis,walaupun tipis masih ada peluang."

Frasa kata di atas sebenarnya satu frasa yang nak sedapkan hati kau je supaya kau terus cuba untuk buat dia jatuh hati pada kau.
Tapi bila kau rasa macam peluang tipis,kau mula cucuk semula. SMS semula,Whatsapp, fb dan bermacam lagi sehingga membuatkan kau berada dalam dunia fantasi ciptaan kau sendiri.
Macam kau buat perangkap,tapi kau yang terperangkap.Itulah terjadi pada aku. Ibarat kau memancing menggunakan badan kau sendiri yang akhirnya kau yang lemas hasil tiada,kosong. Bila kau sms,ya memang dia melayan, melayan kau sama ada tak nak kecilkan hati kau atau suka pada kau. Ada dua. Ya,perempuan ni hatinya lembut je, diorang cuba taknak sakitkan hati kau sebab tu dia buat begitu. Dia juga taknak bagitau hal yang sebenar kerana ianya lebih menyakitkan.

Ya ini berlaku pada aku. Aku kadang-kala dilemma juga. Sama ada dia suka aku, atau dia tak nak kecikkan hati aku. Oleh itu, aku membuat pilihan untuk tidak ingin mengambil tahu apa perasaan dia terhadap aku dan membiarkan aku tenggelam dalam fantasi buatan sendiri. Kiranya aku syok sendiri dan aku taknak terima realiti. Hebat kalau aku suka gila kat dia. Tapi sekadar suka tak cukup. Pada awalnya aku nampak ianya berjalan lancar, dia melayan aku melayan. Mungkin dia pun sekadar menghilangkan rasa bosan mungkin,itu negatif fikiranku. Kalau positifnya, aku anggap dia suka aku. Tu terlampau gelojoh namanya. So aku tersepit antara kedua situasi ini,antara positif dan negatif, aku buat begini supaya kalau melepas tak dela sedih sangat (sedih juga wei) dan taknak mengharap sangat.

Dan emosinya akan menjadi bertambah buruk apabila kau melayan fantasi kau dan menganggap dia suka pada kau. Membuatkan rakan-rakan kau berfikir, ah diorang ni memang couple. Aku memang tersenyum, tapi perkara ini sebenarnya mengganggu emosi dia. Ya. Aku boleh nampak. Apabila aku dah nampak perkara ni, aku dapat rasa yang anggapan aku salah. Dan sedikit sebanyak perigi fantasi buatan aku tumbang perlahan-lahan. Tumbang sama ada menjadi realiti, atau menjadi mimpi ngeri.
Dan sebenarnya rakan-rakan tak tahu cerita sebenar dan mereka hanya melihat aku tersenyum membuatkan mereka berkata "oh rom bahagia"
Sememangnya dia tak tahu di hujung sudut hati kecilku.

Sememangnya lelaki ni penakut, takut dengan perempuan yang tak terima dia. Macam aku. Mungkin dia boleh terima aku, atau tidak. Aku tidak tahu. Kalau boleh, aku ingin tamatkan segera cerita aku ini yang sedikit sebanyak memakan hati tisuku ini.

Endingnya, terserah pada dia untuk memberitahu ku perkara sebenar. Atau dunia fantasi aku terus berputar.

Adios.


p/s : sebenarnya kalau boleh aku tak nak dia bagitahu aku stop dreaming atau putuskan harapan aku. Sebab aku nak terus mencintai dia.
ecewah!
 Kerana aku rasa ayat pemutus harapan macam tu membuatkan lelaki benci sama perempuan. Aku taknak benci kau.hihi.

and lagi aku nak kata, aku rindukan that moment. boleh bergurau sakan. tak tido sampai pagi. aku rindukan itu.

No comments

Powered by Blogger.